Saturday, 8 November 2014

CENGKODOK SUSU



Hari ni, terliur tengok 'cucur susu' daripada facebook Mai Zura.

Terus selongkar dapur. Resepi Mai Zura guna susu manis dan tak pakai gula langsung. Malangnya lebihan susu manis yang ada dalam petisejuk tak sampai pun sesudu.

Dah mengidam sangat nak makan, orang pun gi tebuk tin susu cair. Panaskan secawan dalam frying pan bersama 3/4 cawan gula.

Maka jadilah CENGKODOK SUSU ni, ditukar nama sebab adunan nya tak berapa nak bulat. Lebih mirip kepada adunan cengkodok.

Tapi SERIOUS SEDAP. Lembut di dalam dan rangup sesangat di luar. Rangupnya tahan sampai cengkodok sejuk. Suami makan dekat 10 biji, itu pun di kontrol, sebab nak bagi yang lain merasa. Semua puji SEDAP! 

Mai Zura, ini lah hasil resepi Cucur Susu mu yang TERpaksa di'derhaka'kan dek kerana dah teringin sangat menengok gambar cucur susu.












Friday, 7 November 2014

RESEPI PUDING KARAMEL




RESEPI PUDING KARAMEL

Sumber : Chinta Chin

A) BAHAN UNTUK KARAMEL:

4 sudu makan gula
2 sudu makan air

- dimasak atas api sederhana sampai kekuningan & sejukkan
- Apabila sejuk baru tuang ke dalam loyang loyang.

B) BAHAN UNTUK PUDING

1 tin susu cair
2 sudu susu pekat manis
3 keping roti gardenia
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila

-  Campurkan kesemua dan blender hingga sebati
-  Kemudian tuangkan dlm loyang yangg berisi karamel tadi
-  Kukus selama 40-50 minit.
-  Biarkan sejuk sebelum disimpan dalam peti sejuk





RESEPI APAM MEKAAR BERINTI NUTELLA



RESEPI APAM MEKAR BERINTI NUTELLA

Sumber : Chinta Chin

BAHAN-BAHANNYA :

1 botol Nutella coklat 
3 cawan tepung gandum 
3 biji telur ayam
2 cawan gula halus 
2 sudu teh baking powder 
1 sudu makan ovellet 
1 tin susu cair 
1 sudu teh esen vanila 
Cawan kertas secukupnya

CARA MEMBUATNYA :

1.  Campurkan kesemua bahan dan pukul hingga kembang & gebu. 
2.  Bahagikan ikut warna kesukaan
3.  Masukkan setiap adunan warna ke dalam piping bag berlainan
     - gunting hujungnya
4.  Masukkan Nutella coklat piping beg yang lain
5.  Susun mangkuk kertas dlm acuan
     - picitkkan adunan ke dalam mangkuk kertas, agak-agak separuh
     - kemudian picitkan nutella coklat 
     - Tutup atasnya dengan adunan lagi
     - Ulangi sehingga habis
6.  Kukus selama 10-15 minit dgn api yang besar

*** Kukusan hendaklah dipanaskan dengan api besar dahulu
   - masukkan acuan apabila air telah mendidih
   - balut tudung kukusan dengan kain agar air tidak jatuh atas apam




RESEPI POPIA BASAH





RESEPI POPIA BASAH

Sumber : Chinta Chin

BAHAN UNTUK MEMBUAT KULITNYA :

3 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan butter/planta
2 biji telur
sedikit air

CARA MEMBUATNYA :

1. Campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati
    - biar cair sikit
2.  Selepas itu, sendukkan sedikit adunan dan tuang ke dalam kuali ‘non stick’
     - tidak perlu letak minyak..
3.  Seperti membuat ketayap, apabila masak, angkat
4.  Masukkan inti dan gulung seperti ketayap

* INTI : ikut suka, boleh guna carrot, kentang dan isi ayam

Thursday, 6 November 2014

RESEPI KEK MINYAK




RESEPI KEK MINYAK

Sumber : Chinta Chin

BAHAN-BAHANNYA :
5 Biji telur
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula castor
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak
1 sudu makan ovalet
1 sudu teh baking powder
1 sudu the sen vanilla
Perwarna ikut suka

CARA MEMBUATNYA:
1. Ayak tepung gandum bersama baking powder.
2. Pukul telur, gula castor & ovalet sampai kembang.
3. Masukkan susu manis & esen vanila, pukul lagi.
4. Kemudian masukkan tepung gandum & gaul sebati.
5. Bahagikan adunan kpd beberapa bahagian & warnakan ikut suka
6. Tuang ke acuan yang telah dilaserkan dengan minyak setiap
    adunan mengikut corak yang disukai sehingga selesai
6. Kukus selama 1 jam


RESEPI APAM SUSU



RESEPI APAM SUSU

Sumber : Sahabat Facebook,  Chinta Chin

BAHAN-BAHANNYA :
4 biji telur
1 cawan gula castor
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar Ovalet
4 sudu makan susu manis
1 susu teh esen vanila
Pewarna ikut suka

CARA MEMBUATNYA :
1. Pukul telur, gula castor, esen vanila & ovalet sampai kembang & putih.
2. Kemudian masukkan susu, pukul lagi.
3. Masukkan tepung gandum & gaul samai sebati
4. Bahagikan mengikut warna kesukaan.
5. Kukus selama 30-45 minit.
6. Siap



RESEPI BISKUT LIDAH KUCING



RESEPI BISKUT LIDAH KUCING

BAHAN-BAHANNYA

250 gram butter
100 ml putih telur
175 gram gula kastor
1/4 sudu teh emplex
200 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
1 sudu the seen vanilla
Pewarna : ikut suka - purple, pink, hijau, kuning
Loyang lidah kucing (dilaser dengan butter)

CARA MEMBUATNYA :
1. Ayakkan bersama tepung gandum, tepung jagung & emplex
2. Pukul butter dan gula sampai gebu dan berkrim
3. Sambil dipukul, masukkan putih telur sedikit demi sedikit hingga habis
4. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati
5. Masukkan campuran tepung tadi dan kaup dengan spatula hingga rata
6. Bahagikan adunan mengikut berapa pewarna yang hendak digunakan
7. Masukkan adunan yang telah diwarnakan ke dalam piping bag secara berasingan
    - hujung munching piping bag hendaklah dipotong
8. Picitkan ke dalam loyang lidah kucing mengikut corak yang disukai
9. Bakar pada suhu 150 celcius selama 15-20 minit
10. Angkat sebelum biskut keperangan agar warnanya cantik
11. Sejukkan
12. Simpan dalam bekas kedap udara





KEK LAPIS BAYANIE

Sumber : Page Koleksi Resepi Dan Info Agama & Dunia
               https://www.facebook.com/CatsCityHornbilLand




Saturday, 19 July 2014

KEK KACA REMUK A.K.A. KEK KACA RETAK versi dibakar





KEK KACA REMUK atau KEK KACA RETAK  ini semakin lama semakin  'moist' dan tahan seminggu tanpa perlu dimasukkan ke dalam petisejuk. Agar KEK KACA REMUK  'moist', buatkan 3 hari sebelum dimakan atau dihidangkan.


RESEPI KEK KACA REMUK atau KEK KACA RETAK versi dibakar dalam oven

PERSEDIAAN UNTUK MEMBUAT KEK KACA REMUK

1.  Manisan kundur hendaklah dihiris nipis-nipis dan panjang-panjang seperti di dalam gambar di bawah ini. Ketepikan.




2.  Tepung Hong Hong hendaklah diayak bersama baking powder, Ketepikan

3.  Panaskan oven pada suhu 180 darjah celsius semasa menyediakan bahan-bahannya.

4.  Alaskan acuan 9" X 9" dengan kertas minyak dan laserkan dengan mentega/butter di sekeliling acuan termasuk di bawah kertas minyak (agar lekat pada acuan) dan di atas kertas minyak



-  Kemudian taburkan sedikit tepung ke dalam acuan yang telah dilaserkan tadi



- Lepas tu, tepuk-tepukkan acuan agar tepung nya melekat dengan rata sekeliling acuan, buang lebihan tepungnya yang tidak melekat.

* Tujuannya agar kek tidak melekat dan mudah dikeluarkan dari acuan nanti.


BAHAN-BAHAN KEK KACA REMUK




Mudah dan murah sahaja bahannya tetapi enak dan moist keknya !


8 biji telur ayam
31/2 gelas tepung hong kong
16 oz mentega / butter
1 tin susu manis (emak saya gemar menggunakan jenama 'CAP JUNJUNG')
11/2 gelas gula kasar
1 kilogram manisan kundur (600 gram)
2 sudu teh baking powder
11/2 sudu teh esen vanilla (saya guna sepenutup penuh botolnya sendiri)


CARA MENYEDIAKAN KEK KACA REMUK

1. Asingkan putih teur dari kuningnya. Ketepikan dulu kuningnya.

- Pukul putih telur dan gula sampai kembang dan putih seperti dalam gambar.





2.  Dalam mangkuk lain, pukul mentega dan susu manis sampai kembang.

-  Kemudian masukkan kuing telur satu-persatu sehingga habis sambil diputar terus

3. Baru masukkan adunan putih telur tadi sedikit demi sedikit sambil terus memukul sehingga adunan putih telur habis digunakan.

4.  Baru masukkan esen vanilla dan pukul rata

3. Masukkan tepung hong kong segelas demi segelas sambil dikuar-kuar dengan senduk sampai sebati. Pastikan tiada tepung yang berbintil di dalam adunan sebelum memasukkan hirisan manisan kundur

5.  Masukkan hirisan manisan kundur dan kuar sampai sebati.

6.  Tuangkan adunan ke dalam acuan.

7.  Bakar pada suhu 150 - 170 darjah celcius sampai masak (suhu bergantung kepada jenis oven yang digunakan)


Selamat mencuba