Tuesday, 19 June 2012

GAY DAN LESBIAN DIMURKAI ALLAH PAGI DAN PETANG



Allah S.W.T melaknat orang yang melakukan perbuatan keji dan terkutuk seperti : -

i)     Golongan bapuk (maknyah)

ii)    Perempuan yang berperwatakan lelaki

iii)   Mereka yang bersetubuh dengan binatang 

iv)   Orang yang melakukan homoseks dan lesbian

Mereka yang tidak segan-silu melakukan perbuatan ini jelas menunjukkan penentangan terhadap hukum fitrah manusia yang seolah-olah menolak ketetapan Allah S.W.T. 

Mereka lebih mengutamakan hawa nafsu daripada takutkan kemurkaan Allah dan sanggup membiarkan nafsu menguasai diri hingga sanggup melakukan perkara mungkar.  

Orang yang  lebih menjijikkan lagi ialah yang sanggup bersetubuh dengan binatang.

Fitrah manusia adalah makhluk yang amat dimuliakan oleh Allah S.W.T. dengan kurniaan akal fikiran yang tidak ada pada binatang.

Sewajarnya mereka bertindak selaku orang yang berakal  bukan seperti binatang yang hanya bernafsu buas tanpa mengenal buruk baik, halal dan haram.

Sebenarnya setiap perbuatan buruk yang dilakukan oleh manusia adalah petanda bahawa seseorang itu sudah terpengaruh dengan godaan dan hasutan syaitan, musuh utama manusia.

No comments:

Post a Comment