Saturday, 15 September 2012

GAJI ISTERI HAK ISTERI 100%

Duit isteri bekerja adalah 100% haknya mengikut undang-undang.

Dia boleh simpan atau 'shopping' sakan dengan duit itu tanpa perlu meminta keizinan suami.

Tetapi sekiranya isteri yang bekerja dan membantu suaminya di dalam urusan rumahtangga, berkongsi wang pendapatan untuk membayar bil-bil dan sebagainya, isteri mendapat pahala orang-orang yang bersedekah.

Isteri hanya boleh keluar berkerja setelah mendapat izin suami tetapi dia tak perlu keizinan suami untuk berbelanja.

Tetapi walaupun tak perlu keizinan suami, isteri hendaklah hormat kepada suami. Sebagai tanda hormat kepada suami adalah lebih baik isteri minta izin dan bagitau suami.




No comments:

Post a Comment