Tuesday 16 July 2013

BISKUT MAKMUR


BISKUT MAKMUR

PERSEDIAAN MEMBUAT BISKUT MAKMUR

~  Panaskan oven semasa menyediakan adunan Biskut Makmur.

~  Cairkan minyak sapi (atau mentega jika menggunakan mentega). Sejukkan. Ketepikan.

BAHAN-BAHAN BISKUT MAKMUR

16 oz minyak sapi (Ghee) (jika suka boleh ditukarkan dengan 16 oz mentega)
Gula Halus secukupnya
Tepung gandum secukupnya
1/2 gelas Cerelac (Cerelac gandum + madu sedap)

 CARA MEMBUAT BISKUT MAKMUR

1.  Tuangkan ghee/mentega cair di atas tepung dan gula.
~  Uli dengan tangan sampai menjadi doh.

2.  Campurkan 1/2 gelas cerelac. Uli sampai sebati.

3.  Bentukkan bulat-bulat.

4.  Bakar sehingga masak. Angkat.

5.  Golekkan atas celerac dan gula icing/ gula halus.


Tambahan :

Jika suka Biskut Makmur berinti kacang, blender kacang tanah bersama gula. Masukkan ke dalam biskut yang telah dibulatkan sebelum dibakar.
-  Apabila telah masak boleh juga di golekkan atas gula icing atau gula halus.

No comments:

Post a Comment