Thursday, 18 July 2013
KEK WIDURI
KEK WIDURI
PERSEDIAAN MEMBUAT KEK WIDURI
1. Gula kasar di bahagi 2 bahagian :-
- 1 bahagian diberi warna hijau
- 1 bahagian diberi warna merah
- Ketepikan
2. Alaskan acuan dengan kertas minyak dan laserkan dengan butter di sekeliling bahagian dalam acuan termasuk di atas kertas minyak.
- Kemudian taburkan sedikit tepung gandum ke dalam acuan. Tujuannya agar kek tidak melekat dan mudah dikeluarkan dari acuan nanti.
3. Panaskan air kukusan semasa menyediakan adunan kek.
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK WIDURI
10 biji telur ayam grade A
1 gelas gula halus
300 g mentega
125 g minyak sapi
1 tin susu manis (395 gram)
1 gelas tepung gandum
2 gelas CERELEC ( Nestum With Milk )
1 gelas gula kasar ( di beri warna kuning dan hijau )
100 g manisan masam manis (hawflakes)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh baking powder (diayak dalam tepung gandum)
CARA MENYEDIAKAN KEK WIDURI
1. Asingkan putih dan kuning telur
2. Pukul putih telur dan gula halus sampai kembang.
3. Dalam mangkuk lain,pukul susu manis beserta mentega dan minyak sapi sampai kembang.
- Baru kuning telur dimasukkan satu persatu hingga habis dan pukul sampai sebati.
4. Satukan adunan putih telur dan adunan kuning telur. Masuk esen vanilla. Pukul lagi sampai rata.
5. Baru masukkankan CERELAC, tepung gandum, gula berwarna hijau & kuning dan buah masam manis (hawflakes).
6. Tuang ke dalam acuan. Ratakan
7. Kukus sehingga masak.
No comments:
Post a Comment