Biasanya orang bermudah-mudah dalam hal aurat bersama ipar duai, sehingga seseorang lelaki itu boleh dibiarkan bersendirian dengan isteri abang atau adiknya.
Inilah situasi yang dianggap musibah dalam hadis Rasulullah s.a.w. di bawah kerana suasana yang boleh menimbulkan fitnah yang dilarang.
‘Aqabah bin Amir meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Awas kalian, jangan berleluasa bergaul bebas dengan perempuan (bukan mahram)."
Seorang lelaki Ansar bertanya "Ya Rasullullah bagai mana dengan keluarga suami".
Baginda menjawab.
"Keluarga suami lagi musibah (mati).”
Maksud hadis ini adalah saudara-mara lelaki suaminya kecuali bapa dan anak suami (kerana mereka dikira mahram bagi isteri).
Bagaimanapun harus atau haram melihat anggota seseorang adalah bergantung sama ada boleh mendatangkan fitnah, membangkitkan syahwat atau tidak. Justeru lelaki yang tidak dapat mengawal syahwatnya tidak harus memandang muka wanita yang bukan mahramnya sekalipun muka itu bukan aurat. Dia juga haram melihat wajah lelaki tampan atau lelaki lembut sekiranya pandangan itu meransang syahwatnya.
Jumhur ulama berpendapat bahagian yang harus dilihat sesama mahram adalah anggota yang biasa terdedah ketika bekerja seperti muka, kepala, leher, dan dua tangan hingga ke siku dan dua kaki hingga ke lutut. Selain daripada anggota tersebut tidak harus dilihat kerana tidak ada keperluan untuk membukanya.
(Lihat huraian lanjut dalam Kitab al Mufassal Fi Ahkami al Mriah oleh Dr Abdul Karim Zaidan Juz 3 halaman 148-234. Terjemahan huraian mengenai aurat daripada kitab tersebut sebahagiannya dapat dibaca dalam link berikut: http://zaadut-taqwa.blogspot.com
No comments:
Post a Comment