Saturday, 19 July 2014

KEK KACA REMUK A.K.A. KEK KACA RETAK versi dibakar





KEK KACA REMUK atau KEK KACA RETAK  ini semakin lama semakin  'moist' dan tahan seminggu tanpa perlu dimasukkan ke dalam petisejuk. Agar KEK KACA REMUK  'moist', buatkan 3 hari sebelum dimakan atau dihidangkan.


RESEPI KEK KACA REMUK atau KEK KACA RETAK versi dibakar dalam oven

PERSEDIAAN UNTUK MEMBUAT KEK KACA REMUK

1.  Manisan kundur hendaklah dihiris nipis-nipis dan panjang-panjang seperti di dalam gambar di bawah ini. Ketepikan.




2.  Tepung Hong Hong hendaklah diayak bersama baking powder, Ketepikan

3.  Panaskan oven pada suhu 180 darjah celsius semasa menyediakan bahan-bahannya.

4.  Alaskan acuan 9" X 9" dengan kertas minyak dan laserkan dengan mentega/butter di sekeliling acuan termasuk di bawah kertas minyak (agar lekat pada acuan) dan di atas kertas minyak



-  Kemudian taburkan sedikit tepung ke dalam acuan yang telah dilaserkan tadi



- Lepas tu, tepuk-tepukkan acuan agar tepung nya melekat dengan rata sekeliling acuan, buang lebihan tepungnya yang tidak melekat.

* Tujuannya agar kek tidak melekat dan mudah dikeluarkan dari acuan nanti.


BAHAN-BAHAN KEK KACA REMUK




Mudah dan murah sahaja bahannya tetapi enak dan moist keknya !


8 biji telur ayam
31/2 gelas tepung hong kong
16 oz mentega / butter
1 tin susu manis (emak saya gemar menggunakan jenama 'CAP JUNJUNG')
11/2 gelas gula kasar
1 kilogram manisan kundur (600 gram)
2 sudu teh baking powder
11/2 sudu teh esen vanilla (saya guna sepenutup penuh botolnya sendiri)


CARA MENYEDIAKAN KEK KACA REMUK

1. Asingkan putih teur dari kuningnya. Ketepikan dulu kuningnya.

- Pukul putih telur dan gula sampai kembang dan putih seperti dalam gambar.





2.  Dalam mangkuk lain, pukul mentega dan susu manis sampai kembang.

-  Kemudian masukkan kuing telur satu-persatu sehingga habis sambil diputar terus

3. Baru masukkan adunan putih telur tadi sedikit demi sedikit sambil terus memukul sehingga adunan putih telur habis digunakan.

4.  Baru masukkan esen vanilla dan pukul rata

3. Masukkan tepung hong kong segelas demi segelas sambil dikuar-kuar dengan senduk sampai sebati. Pastikan tiada tepung yang berbintil di dalam adunan sebelum memasukkan hirisan manisan kundur

5.  Masukkan hirisan manisan kundur dan kuar sampai sebati.

6.  Tuangkan adunan ke dalam acuan.

7.  Bakar pada suhu 150 - 170 darjah celcius sampai masak (suhu bergantung kepada jenis oven yang digunakan)


Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment