Showing posts with label RESEPI KEK LAPIS SARAWAK WARISAN IBU. Show all posts
Showing posts with label RESEPI KEK LAPIS SARAWAK WARISAN IBU. Show all posts

Thursday, 6 November 2014

KEK LAPIS BAYANIE

Sumber : Page Koleksi Resepi Dan Info Agama & Dunia
               https://www.facebook.com/CatsCityHornbilLand




Thursday, 18 July 2013

KEK LAPIS RUMPUN SURIA


KEK LAPIS RUMPUN SURIA

PERSEDIAAN MEMBUAT KEK LAPIS RUMPUN SURIA

1.  Tumbuk/blender biskut cream crackers sampai menjadi 2 1/2 gelas serbuk cream crackers

2.  Alaskan acuan dengan kertas minyak dan laserkan dengan butter di sekeliling bahagian dalam acuan termasuk di atas kertas minyak.
-  Kemudian taburkan sedikit tepung gandum ke dalam acuan. Tujuannya agar kek tidak melekat dan mudah dikeluarkan dari acuan nanti.

3.  Panaskan air kukusan semasa menyediakan adunan kek.

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK LAPIS RUMPUN SURIA

12 oz mentega
1/2 tin susu manis (tin 395 gram)
10 biji telur ayam
1 1/2 gelas gula halus
2 1/2 gelas serbuk biskut cream crackers
1/2 gelas milo
1/2 gelas horlick
1 sudu teh vanilla
1 sudu teh browning sugar
1 peket gajus (yang telah dipotong-potong)
1 bungkus ceri merah
1 bungkus ceri hijau

CARA MENYEDIAKAN KEK LAPIS RUMPUN SURIA

1.  Pukul telur dan gula sampai naik gebu dan berkilat. Ketepikan.

2.  Dalam mangkuk lain, pukul mentega dan susu manis sampai kembang.

3.  Satukan adunan telur dan adunan mentega. Pukul lagi sampai sebati

4.  Baru masukkan serbuk biskut cream crackers, horlick dan milo. Kuar sampai sebati

5.  Masukkan esen vanilla dan browning sugar. Kuar rata-rata.

6.  Bahagikan adunan menjadi dua bahagian :-
-  1 bahagian bahagian dimasukkan gajus
-  1 bahagian dimasukkan ceri merah dan ceri hijau yang telah dipotong kecil.

7.  Cara mengukusnya :  
-  Tuang 1 cawan adunan gajus ke dalam acuan. Ratakan.
-  Kukus sampai masak.
-  Angkat acuan dari kukusan.

8. Tuang 1 cawan adunan ceri. Ratakan.
-  Kukus sampai masak. Aangkat acuan dari kukusan.

9.  Ulangi langkah-langkah no. 7 dan no.8 secara berselang-seli sampai adunan habis digunakan.

Selamat mencuba !

KEK LAPIS PANTAI PUTERI


KEK LAPIS PANTAI PUTERI

PERSEDIAAN MEMBUAT KEK LAPIS PANTAI PUTERI

1.  Alaskan acuan dengan kertas minyak dan laserkan dengan butter di sekeliling bahagian dalam acuan termasuk di atas kertas minyak.
-  Kemudian taburkan sedikit tepung gandum ke dalam acuan. Tujuannya agar kek tidak melekat dan mudah dikeluarkan dari acuan nanti.

2.  Panaskan air kukusan semasa menyediakan adunan kek.

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK LAPIS PANTAI PUTERI

10 biji telur ayam
300 gram mentega
1 gelas gula halus
3/4 tin susu manis
1/2 gelas horlick
1 gelas tepung gandum
3/4 gelas nestum
3 camca sedang koko
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh baking powder (diayak dalam tepung)
1 botol coklat rice
 4 biji ceri merah
 4 biji ceri hijau
1/2 gelas kismis hitam

 CARA MENYEDIAKAN KEK LAPIS PANTAI PUTERI

1.  Pukul telur dan gula sampai naik gebu dan berkilat. Ketepikan.

2.  Di tempat lain, mentega dipukul dengan susu manis hingga kembang.

3.  Satukan adunan telur dan adunan mentega, sambil di kacau rata-rata.

4.  Masukkan esen vanilla, nestum dan tepung gandum. Kuar rata-rata sampai adunan sebati dan tepung tidak berketul-ketul.

5.  Bahagikan adunan menjadi 2 bahgian :-
-  1 bahagian dimasukkan koko, ceri merah, ceri hijau dan kismis
-  1 bahagian dimasukkan chocolate rice dan horlick

6.  Cara mengukus :
-  Tuang 1 cawan adunan koko ke dalam acuan. Ratakan
-  Kukus sampai masak.
-  Angkat acuan dari kukusan

7.  Tuang 1 cawan adunan horlick. Ratakan.
- Kukus sampai masak.
-  Angkat acuan dari kukusan

8.  Ulangi langkah-langkah no.6 dan no.7 secara berselang-seli sampai semua adunan habis digunakan.

Selamat mencuba!

KEK DAMAI BEACH


KEK DAMAI BEACH

PERSEDIAAN MEMBUAT KEK DAMAI BEACH

1.  Alaskan acuan dengan kertas minyak dan laserkan dengan butter di sekeliling bahagian dalam acuan termasuk di atas kertas minyak.
-  Kemudian taburkan sedikit tepung gandum ke dalam acuan. Tujuannya agar kek tidak melekat dan mudah dikeluarkan dari acuan nanti.

2.  Panaskan air kukusan semasa menyediakan adunan kek.

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK DAMAI BEACH

10 biji telur ayam grade A
1 1/2 gelas gula halus
1 tin susu manis (395 gram)
16 oz mentega
1 tin milo ( kecil )
2 gelas serbuk biskut 'marie'
2 botol horlick
1 sudu makan browning sugar
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla

CARA MENYEDIAKAN KEK DAMAI BEACH

1.  Pukul telur dan gula sampai naik gebu dan pekat berkilat. Ketepikan

2.   Pukul mentega dan susu manis sampai kembang.

3.  Satukan adunan telur dan adunan mentega. Pukul sampai sebati.

4.  Masukkan baking powder dan esen vanilla dan kuar sampai sebati.

5.  Baru masukkan serbuk biskut 'marie', gaul sampai rata.

6.  Bahagikan adunan kepada dua bahagian :

-  1 bahagian dimasukkan milo dan browning. Kuar rata-rata

-   1 bahagian dimasukkan horlick. Kuar sampai sebati

7.  Cara mengukus :
-  Tuang 1 cawan adunan milo. Ratakan
-  Kukus Sampai masak.
-  Angkat

8.  Tuang 1 cawan adunan horlick. Ratakan.
- Kukus sampai masak.
- Angkat

9.  Ulangi langkah-langkah no. 7 dan No.8 berselang-seli sehingga adunan habis digunakan.

Selamat mencuba!



Tuesday, 16 July 2013

KEK LAPIS SAMBAS YANG SIMPLE TAPI SANGAT SEDAP


PERSEDIAAN MEMBUAT KEK LAPIS SAMBAS

1.  Ayakkan 1/2 mangkuk tepung gandum bersama 1 sudu teh baking powder.

2.  Alaskan dulang pembakar saiz 9" X 9" dengan kertas minyak.
~Kemudian laserkan bahagian tepi dan bawah (termasuk kertas minyak) acuan dengan mentega. ~Taburkan sedikit tepung gandum di atasnya. Ini untuk mengelak kek-kek yang dibakar daripada melekat pada acuan dan mudah dikeluarkan.  

3. Panaskan oven lebih kurang 7 minit dengan suhu 180c sejurus sebelum digunakan.

BAHAN-BAHAN MEMBUAT KEK LAPIS SAMBAS

16 oz mentega / butter
10 biji telor ayam grade A
1 tin susu manis (395 gram)
1 mangkuk gula kasar
11/2 mangkuk tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla

CARA MENYEDIAKAN KEK LAPIS SAMBAS

1.  Asingkan putih telor dari kuning telor.

2.  Pukul putih telor dan gula hingga naik dan gebu

3. Di tempat lain, pukul mentega dan susu sampai putih dan berkilat. Masukkan kuning telur satu-persatu sehingga habis sambil terus memukul.

4.  Baru tuangkan adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur. Pukul sekejap.

5. Masukkan tepung gandum & baking powder. Kaup-kaupkan sehingga sebati.

CARA MEMBAKAR KEK LAPIS SAMBAS

1.  Setiap lapisan hendaklah 1 cawan atau 11/2 senduk.

2.  Mula-mula tuangkan 1 cawan adunan dan ratakan dalam acuan. 
~ Kemudian bakar menggunakan api bawah dan atas sehingga kuning.

3. Tuang lagi 1 cawan dan ratakan. Bakar dengan api atas sahaja sehingga masak. Angkat apabila bahagian atas kek kelihatan kekuningan.

4. Ulangi langkah No. 3 untuk lapis-lapis seterusnya sehingga selesai.

5.  Agar Kek Lapis Sambas tahan lama, bakar kek menggunakan api bawah sahaja pada suhu rendah selama 1 jam.

Selamat mencuba!