Thursday 18 July 2013

KEK DAMAI BEACH


KEK DAMAI BEACH

PERSEDIAAN MEMBUAT KEK DAMAI BEACH

1.  Alaskan acuan dengan kertas minyak dan laserkan dengan butter di sekeliling bahagian dalam acuan termasuk di atas kertas minyak.
-  Kemudian taburkan sedikit tepung gandum ke dalam acuan. Tujuannya agar kek tidak melekat dan mudah dikeluarkan dari acuan nanti.

2.  Panaskan air kukusan semasa menyediakan adunan kek.

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK DAMAI BEACH

10 biji telur ayam grade A
1 1/2 gelas gula halus
1 tin susu manis (395 gram)
16 oz mentega
1 tin milo ( kecil )
2 gelas serbuk biskut 'marie'
2 botol horlick
1 sudu makan browning sugar
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla

CARA MENYEDIAKAN KEK DAMAI BEACH

1.  Pukul telur dan gula sampai naik gebu dan pekat berkilat. Ketepikan

2.   Pukul mentega dan susu manis sampai kembang.

3.  Satukan adunan telur dan adunan mentega. Pukul sampai sebati.

4.  Masukkan baking powder dan esen vanilla dan kuar sampai sebati.

5.  Baru masukkan serbuk biskut 'marie', gaul sampai rata.

6.  Bahagikan adunan kepada dua bahagian :

-  1 bahagian dimasukkan milo dan browning. Kuar rata-rata

-   1 bahagian dimasukkan horlick. Kuar sampai sebati

7.  Cara mengukus :
-  Tuang 1 cawan adunan milo. Ratakan
-  Kukus Sampai masak.
-  Angkat

8.  Tuang 1 cawan adunan horlick. Ratakan.
- Kukus sampai masak.
- Angkat

9.  Ulangi langkah-langkah no. 7 dan No.8 berselang-seli sehingga adunan habis digunakan.

Selamat mencuba!



No comments:

Post a Comment