Sunday, 8 July 2012

AURAT LELAKI YANG SERING DIABAIKAN



Aurat lelaki selain waktu bersendiri dan bersama isteri, hanya antara pusat dan lutut sahaja. 

Bagaimanapun hukum itu perlu juga mengambil kira waktu berjalan dan duduk. Apakah ketika itu aurat lelaki tersebut masih terpelihara?

Misalnya memakai seluar pendek sewaktu mencuci kereta, apabila dia mencangkung akan ternampak lututnya. Maka ketika itu dia sudah berdosa. 

Begitu juga bagi mereka yang suka memakai kain pelikat yang digulung sampai ke paras lutut dan kadang-kadang ternampak pusatnya sewaktu terlondeh.

Begitu juga kalau si ayah memakai kain pelakat di dalam rumah bersama anak-anak, lalu pada waktu duduk terselak bahagian lututnya. Ketika itu sudah tentu berdosa kerana aurat lelaki ketika bersama mahram ialah antara pusat dengan lutut.


Hukum lelaki memakai seluar


Harus memakai seluar selagi tidak menampakkan bentuk badan lelaki yang wajib dilindungi (dari pusat sehingga ke lutut).

Dimaksudkan terlindung auratnya ialah tidak menampakkan kembungnya zakarnya (khasnya dibahagian zip), tidak menampakkan bentuk punggungnya (besar atau kecil punggungnya tidak dapat lihat) dan juga tidak menampakkan pahanya (apakah pahanya itu kokoh atau lembik).

Sekiranya seluar yang dipakai itu menampakkan aurat dan bentuknya contohnya menampakkan bentuk zakar yang mengeras maka hukumnya ialah haram.

Nasihat : pakailah seluar dengan melabuhkan baju di luar


Mengenai masalah Isbal (melabuhkan pakaian)

Hukumnya ialah harus melabuhkan pakaian jika ianya dilakukan bukan dan tanpa kerana untuk bongkak atau untuk fesyen.

Ini berdalilkan kepada hadith dari Musa ibn Uqbah dari Salim dari bapanya yang menyebut bahawa baginda rasul bersabda : 

“Barangsiapa yang memakai pakaian dengan bongkak (sombong) maka Allah tidak akan melihat kepadanya di hari kiamat” 

lalu Abu Bakar pun bertanya kepada baginda : "Wahai rasulullah sesungguhnya aku ini berpakaian labuh melebihi mata kaki kerana pakaianku longgar apakah aku termasuk dikalangan mereka yang dijanjikan azab ?" 

Maka dijawab oleh baginda : 

“ Sesungguhnya engkau bukanlah dari kalangan mereka yang membuatnya kerana bongkak (sombong)” (hadith sahih, riwayat Nasaie no. 5335 dan lain-lain).

Hadith-hadith sekitar isbal semuanya menjanjikan azab dengan adanya syarat “خيلاء” iaitu sombong atau bongkak. Lalu ianya dikhususkan dengan wujudnya pembolehan melakukannya dengan tiadanya syarat sombong atau bongkak ini dan disebabkan maslahat seperti halnya perbuatan Abu Bakar as-Sidiq ra.

Namun jika dilabuhkan pakaian baik seluar atau kain atau apa-apa lantaran merasa riya dan seronok seluarnya itu labuh kerana merasa lawa dan cantik maka hukumnya ialah haram.

Ini jelas dilarang dalam islam bahkan nabi menyebut : “ Allah tidak akan memandang mereka yang memakai pakaiannya dengan bongkak” ( hadith sahih riwayat bukhari no. 5783 dan Muslim).

Wallahualam.


AURAT BERSAMA IPAR DUAI



Biasanya orang bermudah-mudah dalam hal aurat bersama ipar duai, sehingga seseorang lelaki itu boleh dibiarkan bersendirian dengan isteri abang atau adiknya. 

Inilah situasi yang dianggap musibah dalam hadis Rasulullah s.a.w. di bawah kerana suasana yang boleh menimbulkan fitnah yang dilarang.

‘Aqabah bin Amir meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 

“Awas kalian, jangan berleluasa bergaul bebas dengan perempuan (bukan mahram)." 

Seorang lelaki Ansar bertanya "Ya Rasullullah bagai mana dengan keluarga suami".

Baginda menjawab. 

"Keluarga suami lagi musibah (mati).”

Maksud hadis ini adalah saudara-mara lelaki suaminya kecuali bapa dan anak suami (kerana mereka dikira mahram bagi isteri).

Bagaimanapun harus atau haram melihat anggota seseorang adalah bergantung sama ada boleh mendatangkan fitnah, membangkitkan syahwat atau tidak. Justeru lelaki yang tidak dapat mengawal syahwatnya tidak harus memandang muka wanita yang bukan mahramnya sekalipun muka itu bukan aurat. Dia juga haram melihat wajah lelaki tampan atau lelaki lembut sekiranya pandangan itu meransang syahwatnya.

Jumhur ulama berpendapat bahagian yang harus dilihat sesama mahram adalah anggota yang biasa terdedah ketika bekerja seperti muka, kepala, leher, dan dua tangan hingga ke siku dan dua kaki hingga ke lutut. Selain daripada anggota tersebut tidak harus dilihat kerana tidak ada keperluan untuk membukanya. 

(Lihat huraian lanjut dalam Kitab al Mufassal Fi Ahkami al Mriah oleh Dr Abdul Karim Zaidan Juz 3 halaman 148-234. Terjemahan huraian mengenai aurat daripada kitab tersebut sebahagiannya dapat dibaca dalam link berikut: http://zaadut-taqwa.blogspot.com



Thursday, 5 July 2012

GAY DISERANG DAN DIBUNUH DI IRAQ


Dua lelaki 'emo' Iraq di Baghdad menghembuskan asap sisha bagi menyembunyikan identiti mereka.



Seperti di negara-negara Islam lain, amalan homoseks dikecam di Iraq. Mereka yang dianggap gay menjadi sasaran diserang atau dibunuh, manakala pelakunya kerap kali terlepas daripada hukuman

DR ASRI : Kesahihan Amalan Dan Fadilat Syaaban



Agama ini bukan diikuti tanpa dipastikan kesahihan, atau diikuti tanpa faham. Agama berpaksikan dalil yang diiktiraf. Sesuatu yang tidak berasaskan sumber yang sah iaitu al-Quran dan hadis-hadis yang sabit (authentic) tidak boleh disandarkan kepada Islam. Dalam masa yang sama, tidaklah pula kita mudah menafikan sesuatu perkara dengan menyatakan ia bukan dari ajaran Islam, sebelum kita benar-benar pasti memang tidak wujud dalil dalam hal tersebut. 









Monday, 2 July 2012

PINTU-PINTU RAHMAT DAN PINTU-PINTU PENGAMPUNAN DIBUKA PADA MALAM NISFU SYAABAN



Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda : 

“Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : 

“Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. 

Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” 

Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swt mengampuni orang-orang yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.” (Zubdathul Wa’izhin)

Entri berkaitan :








KELEBIHAN BERSELAWAT DALAM BULAN SYAABAN


Petikan dari buku Duratun Nasihin Mutiara Mubaligh :

Berselawat ke atas Rasulullah S.A.W. adalah antara amalan sepanjang bulan Syaaban berdasarkan Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik : 

“Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan laut dari sinar di bawah Arasy, lalu menciptakan satu Malaikat yang mempunyai dua sayap, satu sayapnya di timur dan sayapnya yang lain di barat, sedang kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di bawah lapis bumi ke tujuh. Apabila seseorang hambanya membaca selawat untukku di bulan Syaaban maka Allah SWT menyuruh Malaikat itu, supaya menyelam di air “Hidup”. Malaikat itupun menyelam, kemudian keluar dari dalam air serta mengibas-ngibaskan kedua sayapnya, sehingga bertitisanlah air dari bulu-bulu yang sangat banyak sekali. Maka Allah SWT menciptakan dari tiap-tiap titis air itu, satu Malaikat yang memohonkan ampunan bagi orang yang membaca selawat, sampai hari Kiamat.”

Entri berkaitan :




Saturday, 30 June 2012

ISTERI DR MUHAMMED MURSI HAFIZAH AL-QURAN

Najla Mahmud, Isteri kepada Presiden Mesir Pertama Selepas Revolusi, Dr Mohamed Mursi


Pesannya kepada suami :

"Saya tidak akan mengatakan kepada doktor, 'Cukuplah kerja anda sampai di sini' kerana Islam mengajarkan kepada kami untuk sentiasa beramal hingga akhir kesempatan. Ini disebabkan kami beramal kerana Allah. Saya tidak dapat melihat Dr. Mursi tidak beramal. Apabila itu berlaku, justeru saya merasa ada yang aneh padanya. Semoga Allah menolongmu memikul tanggungjawab ini dan memberimu keteguhan dan keredhaan serta menjadikan kami sebagai penolongmu di jalan tersebut".