Untuk keterangan lanjut ~~~> Mohammed Mursi mula tugas
Wakil Ikhwanul Muslimin, Mohammed Mursi telah diisytihar memenangi pemilihan Presiden Mesir yang pertama selepas Hosni Mubarak digulingkan dan pemerintahan kuku besinya dikuburkan.
Mursi, yang mewakili Parti Kebebasan dan Keadilan, memperoleh 51.73 peratus undi atau lebih 13 juta undi manakala pencabarnya di pusingan kedua pemilihan, Ahmed Shafiq, yang juga bekas Perdana Menteri era Hosni, mengumpulkan 48.27 peratus undi atau lebih 12 juta undi.
Pengumuman pada pagi Isnin, 18 Jun 2012, dibuat di sebalik kawalan ketat ekoran kebimbangan bahawa keputusan pemilihan boleh membawa kepada pergaduhan, sekali gus mencetuskan keadaan tidak terkawal sebagaimana disaksikan awal tahun lalu – ketika kebangkitan rakyat yang membawa kepada kejatuhan kepimpinan Hosni.
Keputusan pemilihan pusingan kedua ini diumumkan kira-kira dua minggu selepas Hosni dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan hampir seminggu selepas pihak pemerintah tentera mengumumkan akan menyerahkan kuasa kepada presiden baru, tetapi mengekalkan beberapa kuasa penting di pihak mereka. Kuasa presiden dihadkan manakala perlembagaan pula belum dirangka.
Dr Mohammed Mursi merupakan pemimpin kedua dunia di zaman moden ini yang telah menghafaz al-Quran 30 juzuk selepas Ismail Haniya, Perdana Menteri Palestin sekarang.
BIODATA PROF. DR. MUHAMMAD MURSI
Nama Penuh :
Muhammad Morsi Isa al-Ayyat
Lahir :
20 Ogos 1951 di Wilayah As-Syarqiyah, di sebuah perkampungan Al-Udwah
Pengajian :
(i) Universiti Cairo
~ Bidang Kejuruteraan pada tahun 1970 hingga 1975
~ Kejuruteraan Metalurgi pada tahun 1978
(ii) Universiti Southern California, Amerika Syarikat
~ Sarjana Kedoktoran pada tahun 1982
Bapa : petani
Ibu : suri rumah.
Berkahwin : tahun 1978
- isterinya adalah hafizah al-Quran seperti beliau sendiri
Anak : lima anak
- kelima-lima orang anaknya adalah hafiz dan hafizah al-
Quran
Cucu : tiga cucu
Kerjaya :
1. Menjadi pensyarah di Universiti Southern California,
Amerika Syarikat
2. Menjadi pembantu Prof. di Universiti California-North
Ridge
3. Profesor dan Ketua di Jabatan Fakulti Kejuruteraan
Material pada tahun 1985 hingga tahun 2000 di Universiti
Zaqaziq
4. Aktif sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul
Muslimin dan terpilih sebagai ahli parlimen tempoh 2000-
2005.
5. Terpilih sebagai ahli Majlis Penentangan Terhadap
Zionisme di Wilayah Syarqiyah
6. Pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme
7. Terkenal dalam bidang akademik melalui pelbagai kajian
dalam bidang industri yang menyentuh pengeluaran hasil
bumi Mesir, malah mempunyai puluhan kajian dalam
menyelesaikan kajian permukaan logam yang dianggap
sebagai bidang utama kepakarannya, sehingga kajiannya
diiktiraf oleh NASA pada tahun sekitar tahun 80an.
8. Pendakwah yang bergiat cergas dalam Jemaah Ikhwanul
Muslim, memperjuang dan mengorbankan diri dan harta
harta telah diwaqafkan dalam jalan dakwah. Perjuangan
nya menyebabkan beliau berkali-kali ditangkap.
9. Dr. Mursi juga pernah ditangkap bersama-sama dengan
sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin yang lain,
pada hari Jumaat pagi, yang terkenal sebagai Jumaat
Amarah (Jumaat Al-Gadhab), 28 Januari 2011 supaya tidak
terlibat dengan demonstrasi.
~ Tidak hanya beliau yang dizalimi, keluarganya turut
menjadi sasaran penangkapan, anaknya Dr. Ahmad
ditangkap di saat Dr. Muhammad Mursi mencalonkan diri
pada pemilihan tahun 2000.
10. Setelah prestasinya dalam politik selama lima tahun,
Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai
anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir. Majlis
Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai Presiden
Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti
yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.
* Ikhwanul Muslimin ditindas dan dizalimi selama lebih kurang 80 tahun dan memperjuangkan sebuah keadilan dan kebebasan. Pengasasnya Assyahid Imam Hassan Al Banna, yang syahid terbunuh secara misteri, malah saat kematian dilayan dengan keji oleh pemerintah disusuli Sayyid Qutub, Muhammad Al- Farigili, Abdul Qadir Audah, hingga As-Syahid Nashir Uwais, dia antara pemuda Ikhwan yang syahid pada Revolusi 25 Januari
1. Satu-satunya presiden yang mana dia, isteri dan 5 anaknya menghafaz al-Quran
2. Satu-satunya calon yg berjanji di hadapan Allah dan rakyat untuk melaksanakan syariat Islam
3. Satu-satunya presiden yang pernah mengajar di 5 buah universiti antarabangsa
4. Satu-satunya presiden yang artikel-artikelnya diterbitkan oleh NASA
5. Satu-satunya presiden yang pernah terpilih sebagai ahli parlimen terbaik di dunia dari tahun 2000-2005
6. Satu-satunya presiden yang tidak mencalonkan dirinya untuk jawatan tetapi dipilih oleh syura.
7. Satu-satunya presiden yg memperolehi sokongan dari pergerakan cendikiawan terbesar Mesir iaitu Islamic Legitimate Body of Rights and Reformation
8. Satu-satunya calon yg berdiri di belakangnya parti politik terbesar Mesir iaitu Perti Kebebasan dan Keadilan
9. Satu-satunya calon yg berdiri di belakangnya Jamaah Islam terbesar di dunia iaitu Jamaah Ikhwan Muslimin
10. Satu-satunya calon yang memiliki sebesar-besar projek pembangunan dan mengabungkan 1000 orang pakar dalam semua bidang kepakaran.
No comments:
Post a Comment