Tuesday, 17 April 2012

Pasar Serikin



Serikin, sebuah tempat yang terletak bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia. 15 km dari bandar Bau (sebut: bauk) dan 80 km dari bandar Kuching, kira-kira 1 jam 30 minit dalam pemanduan biasa.


Lebih mudah jika ada GPS sebab ‘signboard’ tidak banyak untuk dijadikan panduan. Walau bagaimanapun jika tiada GPS, sila ikut laluan ke Batu Kawa dan seterusnya  Bau. Dari Bau anda sudah boleh nampak ‘signboard’ ke Serikin.


Sepanjang perjalanan selepas  Bau ke Serikin anda akan melalui banyak sungai-sungai kecil. Pasar Serikin terletak betul-betul di sempadan Kalimantan, Indonesia. Anda akan melalui pondok mini imigresen tapi tiada pemeriksaan yang dibuat.






Jangan khuatir. Parking di kawasan luas disediakan dan ‘parking fee’nya hanya RM1 dibayar kepada penjaga yang berdiri di laluan masuk.

Pasar Serikin menawarkan pelbagai barangan pada harga berpatutan. Contohnya, kain pua kumbu Sarawak, batik sarung, tikar sarawak, barangan kristal dan mutiara, telekung, barangan kulit dan banyak lagi.





















Kalau di Semenanjung Malaysia, Serikin boleh disamakan dengan Bukit Kayu Hitam, Wang Kelian, Padang Besar, Rantau Panjang atau Langkawi. Tetapi walaupun mempunyai konsep kedai yang sama, barang dijual adalah unik dan tidak sama berbanding dengan pasar sempadan di Semanjung Malaysia.


Para peniaga di Pasar Serikin hampir 70 peratus adalah warga Indonesia, selebihnya penduduk tempatan yang majoritinya menjual minuman dan makanan.


Pasar Serikin dibuka hanya pada hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad dari seawal jam 7.00 pagi hingga 2.00 petang namun ramai yang memilih datang lebih awal untuk mengelak panas terik matahari atau tidak mahu bersesak dengan orang ramai.


Walaupun terletak di sempadan negara, aspek keselamatan di Pasar Serikin tidak boleh diragui, selain sebuah kem tentera dibina tidak jauh dari pasar itu, kawalan agensi penguatkuasaan lain seperti Pasukan Gerak Am (PGA) sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa.







Faktor lain yang menarik ialah Pasar Serikin terletak berhampiran dengan beberapa destinasi pelancongan popular. Selepas penat membeli belah dan tawar menawar di Pasar Serikin, para pelancong juga boleh mengambil kesempatan untuk ke beberapa destinasi pelancongan popular di daerah Bau seperti Tasik Biru, Gua Angin dan Gua Farry.

1.  GUA ANGIN

Salah satu tarikan Bau adalah Gua Lubang Angin (Wind Caves) yang terletak lebih kurang 3 km dari Bandar Bau. Laluan anak sungai di dalam gua dan tiupan angin yang keluar dari gua tersebut menyebabkan gua tersebut dikenali sebagai "Lubang Angin".

Gua tersebut telah dibangunkan dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain oleh Jabatan Hutan Negeri dan diwartakan sebagai Taman Rimba (Jungle Parks).
















                                             2.  Gua Pari @ Fairy cave, Bau, Kuching

"Fairy Caves" terletak lebih kurang 8 km daripada Bandar Bau. Ianya dikenali kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan sebuah cerita dongeng tempatan. Kaum Bidayuh percaya bentuk-bentuk batu yang seakan-akan menyerupai bentuk manusia asalnya dahulu adalah manusia. Disebabkan kekejaman mereka kepada sepasang anak yatim, penduduknya telah disumpah menjadi batu.

Kaum Cina pula telah membina beberapa buah makam di dalam gua tersebut di samping beberapa buah patung Buddha.

Gua ini juga telah diwartakan sebagai salah satu Taman Rimba dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain oleh Jabatan Hutan Negeri.

Fakta sejarah: Gua ini wujud sejak 100,000-150,000 tahun dahulu.


















                                                                       3.  Tasik Biru












No comments:

Post a Comment