Thursday, 13 September 2012

SEDEKAH ITU BANK AKHIRAT



Ambilah peluang bersedekah sementara kita masih diberi peluang bernafas di bumi Allah ini. 

Jika berat hati untuk mengeluarkan not sepuluh ringgit, kalau not lima ringgit pun terlalu besar untuk disedekahkan, pupukkan hati dengan bersedekah wang RM1 sebagai 'baby steps' kita.

'Remind' diri kita bahawa setiap sen yang kita sedekahkan itu akan masuk ke dalam 'bank' akhirat untuk kehidupan kita yang kekal di sana kelak. 

'Remind' diri kita, amaran agar kita bersedekah dengan rezeki yang kita terima itu datangnya daripada yang Maha Pencipta, Allah S.W.T.  sebagaimana firmanNya dalam ayat 10 surah Al-Munafiquum yang kira-kira bermaksud :


“Dan belanjakanlah ( dermakanlah ) sebahagian dari rezeki yang 
Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, ( kalau tidak ) maka ia ( pada saat itu ) akan merayu dengan berkata :  Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh”
'Remind' diri kita, tidak jatuh miskin orang yang bersedekah


No comments:

Post a Comment