Tuesday, 12 March 2013

SIAPA KAH SULTAN SULU YANG SAH?

Jamalul Kiram III


Esmail Kiram II

Sekurang-kurangnya 9 individu dari pelbagai keturunan telah mengaku sebagai pewaris sebenar Kesultanan Sulu termasuk Jamalul Kiram III, Esmail Kiram II dan Muedzul-Lail Tan Kiram.

9 individu ini bukan setakat mahu dipanggil sebagai Sultan Sulu malah telah melalui upacara penabalan dan mempunyai pengikut masing-masing. Menariknya tiada seorang pun di antara mereka mempunyai tanah jajahan atau wilayah pemerintahan sendiri.


Antara 9 individu ini Jamalul Kiram III terlibat secara langsung mengarahkan  200 orang pengikutnya yang diketuai oleh adiknya sendiri Agbimuddin Kiram menceroboh Lahad Datu, Sabah.

Kumpulan pengganas Sulu yang didakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu itu bertanggungjawab membunuh 8 orang anggota keselamatan Malaysia dalam dua pertempuran di Lahad Datu dan Kampung Srijaya, Simunul, Sampoerna. 18 orang daripada kumpulan pengganas Sulu ini turut terbunuh.

Pengganas Sulu ini mula menceroboh Sabah sejak 9 Februari 2013 lalu. Matlamat pencerobohan ini adalah untuk menuntut hak ke atas Sabah yang didakwa milik Kesultanan Sulu. Mereka turut mendesak Kerajaan Malaysia tidak menghantar pendatang  keturunan Sulu pulang ke negara asal.

Sebenarnya Jamalul Kiram III bukan waris Kesultanan Sulu yang sah disebabkan dirinya bukanlah berasal dari darah zuriat hakiki Sultan Sulu kerana keturunan keluarga Kiram tidak lagi diterima oleh rakyatnya setelah dianggap sebagai sebagai tali barut kepada Amerika Syarikat.

Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936) - Sultan Sulu terakhir dari keturunan keluarga Kiram di Jolo - telah memberi restu kepada Amerika Syarikat untuk membunuh seramai 4,000 orang Sulu dari keluarga Datu dan Syarif Tausug di Bud Bagsak dan Bud Dahu tahun 1906.

Semenjak peristiwa pembunuhan itu rata-rata orang Tausuq  menentang Sultan mereka dan tidak lagi mengiktiraf mana-mana keturunan keluarga Kiram untuk memimpin mereka.


* Tausuq bermakna orang Sulu

Tau = orang
sug  = singkatan perkataan suluq (Sulu)

No comments:

Post a Comment