Thursday, 18 July 2013
KEK GRAND MARGHERITA
KEK GRAND MARGHERITA
PERSEDIAAN MEMBUAT KEK GRAND MARGHERITA
1. Alaskan acuan dengan kertas minyak dan laserkan dengan butter di sekeliling bahagian dalam acuan termasuk di atas kertas minyak.
- Kemudian taburkan sedikit tepung gandum ke dalam acuan. Tujuannya agar kek tidak melekat dan mudah dikeluarkan dari acuan nanti.
2. Panaskan air kukusan semasa menyediakan adunan kek.
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK GRAND MARGHERITA
10 biji telur ayam gred A
1 gelas gula halus
16 oz mentega
1 tin susu manis (395 gram)
1 gelas tepung gandum
2 gelas horlick
1 botol browning sugar
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh powder (diayak bersama tepung gandum)
CARA MENYEDIAKAN KEK GRAND MARGHERITA
1. Pukul telur dan gula sampai gebu dan berkilat
2. Di tempat lain, pukul mentega dan susu manis sampai kembang.
3. Satukan adunan telur dan adunan mentega. Pukul sampai sebati.
4. Baru masukkan esen vanilla dan browning sugar. Kuar sampai rata.
5. Maukkan tepung gandum. Kuar sampai sebati.
6. Kukus 8 jam
Selamat mencuba!
KEK PUTIH TELUR
KEK PUTIH TELUR
PERSEDIAAN MEMBUAT KEK PUTIH TELUR
1. Potong ceri kecil-kecil
2. Alaskan acuan dengan kertas minyak dan laserkan dengan butter di sekeliling bahagian dalam acuan termasuk di atas kertas minyak.
- Kemudian taburkan sedikit tepung gandum ke dalam acuan. Tujuannya agar kek tidak melekat dan mudah dikeluarkan dari acuan nanti.
3. Panaskan air kukusan semasa menyediakan adunan kek.
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK PUTIH TELUR
8 biji putih telur
1 gelas gula halus
1/2 gelas mentega
1/2 gelas ghee (minyak sapi)
1/2 tin susu manis (tin 395 gram)
1 gelas tepung gandum
1/2 gels tepung ice-cream nesco
3/4 gelas susu tepung
1 sudu teh esen vanilla
4 peket ceri hijau dan ceri merah
CARA MENYEDIAKAN KEK PUTIH TELUR
1. Pukul telur dan gula sampai gebu dan berkilat
2. Di tempat lain, pukul mentega dan susu manis sampai kembang.
3. Satukan adunan telur dan adunan mentega beserta esen vanilla. Pukul sampai sebati.
4. Baru masukkan tepung gander, tepung suss dan tepung ice-cream nesco. Kuar sampai sebati.
5. Masukkan ceri yang telah dipotong. Kuar sampai rata.
6. Kukus sampai masak
Selamat mencuba!
KEK KURMA MADU
KEK KURMA MADU
PERSEDIAAN MEMBUAT KEK KURMA MADU
1. Buang biii kurma dan potong kecil-kecil.
2. Alaskan acuan dengan kertas minyak dan laserkan dengan butter di sekeliling bahagian dalam acuan termasuk di atas kertas minyak.
- Kemudian taburkan sedikit tepung gandum ke dalam acuan. Tujuannya agar kek tidak melekat dan mudah dikeluarkan dari acuan nanti.
3. Panaskan pada suhu 170c selama 7 minit sejurus sebelum memasukkan acuan berisi adunan kek ke dalam oven.
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK KURMA MADU
10 biji telur ayam
1 gelas gula kasar
1 tin susu manis (395 gram)
1 gelas mentega
2 gelas tepung gandum
1 kotak kurma madu (buang biji nya)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh baking powder (diayak bersama tepung gandum)
CARA MENYEDIAKAN KEK KURMA MADU
1. Pukul telur dan gula sampai kembang.
2. Di tempat lain, pukul mentega bersama gula sampai kembang.
3. Satukan adunan telur dan adunan mentega beserta esen vanilla. Pukul sampai sebati.
4. Masukkan tepung gandum. Kuar sampai rata.
5. Baru masukkan kurma sambil dikuar sampai rata
6. Bakar dengan api sederhana sehingga masak
KEK LAPIS RUMPUN SURIA
KEK LAPIS RUMPUN SURIA
PERSEDIAAN MEMBUAT KEK LAPIS RUMPUN SURIA
1. Tumbuk/blender biskut cream crackers sampai menjadi 2 1/2 gelas serbuk cream crackers
2. Alaskan acuan dengan kertas minyak dan laserkan dengan butter di sekeliling bahagian dalam acuan termasuk di atas kertas minyak.
- Kemudian taburkan sedikit tepung gandum ke dalam acuan. Tujuannya agar kek tidak melekat dan mudah dikeluarkan dari acuan nanti.
3. Panaskan air kukusan semasa menyediakan adunan kek.
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK LAPIS RUMPUN SURIA
12 oz mentega
1/2 tin susu manis (tin 395 gram)
10 biji telur ayam
1 1/2 gelas gula halus
2 1/2 gelas serbuk biskut cream crackers
1/2 gelas milo
1/2 gelas horlick
1 sudu teh vanilla
1 sudu teh browning sugar
1 peket gajus (yang telah dipotong-potong)
1 bungkus ceri merah
1 bungkus ceri hijau
CARA MENYEDIAKAN KEK LAPIS RUMPUN SURIA
1. Pukul telur dan gula sampai naik gebu dan berkilat. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk lain, pukul mentega dan susu manis sampai kembang.
3. Satukan adunan telur dan adunan mentega. Pukul lagi sampai sebati
4. Baru masukkan serbuk biskut cream crackers, horlick dan milo. Kuar sampai sebati
5. Masukkan esen vanilla dan browning sugar. Kuar rata-rata.
6. Bahagikan adunan menjadi dua bahagian :-
- 1 bahagian bahagian dimasukkan gajus
- 1 bahagian dimasukkan ceri merah dan ceri hijau yang telah dipotong kecil.
7. Cara mengukusnya :
- Tuang 1 cawan adunan gajus ke dalam acuan. Ratakan.
- Kukus sampai masak.
- Angkat acuan dari kukusan.
8. Tuang 1 cawan adunan ceri. Ratakan.
- Kukus sampai masak. Aangkat acuan dari kukusan.
9. Ulangi langkah-langkah no. 7 dan no.8 secara berselang-seli sampai adunan habis digunakan.
Selamat mencuba !
KEK LAPIS PANTAI PUTERI
KEK LAPIS PANTAI PUTERI
PERSEDIAAN MEMBUAT KEK LAPIS PANTAI PUTERI
1. Alaskan acuan dengan kertas minyak dan laserkan dengan butter di sekeliling bahagian dalam acuan termasuk di atas kertas minyak.
- Kemudian taburkan sedikit tepung gandum ke dalam acuan. Tujuannya agar kek tidak melekat dan mudah dikeluarkan dari acuan nanti.
2. Panaskan air kukusan semasa menyediakan adunan kek.
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK LAPIS PANTAI PUTERI
10 biji telur ayam
300 gram mentega
1 gelas gula halus
3/4 tin susu manis
1/2 gelas horlick
1 gelas tepung gandum
3/4 gelas nestum
3 camca sedang koko
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh baking powder (diayak dalam tepung)
1 botol coklat rice
4 biji ceri merah
4 biji ceri hijau
1/2 gelas kismis hitam
CARA MENYEDIAKAN KEK LAPIS PANTAI PUTERI
1. Pukul telur dan gula sampai naik gebu dan berkilat. Ketepikan.
2. Di tempat lain, mentega dipukul dengan susu manis hingga kembang.
3. Satukan adunan telur dan adunan mentega, sambil di kacau rata-rata.
4. Masukkan esen vanilla, nestum dan tepung gandum. Kuar rata-rata sampai adunan sebati dan tepung tidak berketul-ketul.
5. Bahagikan adunan menjadi 2 bahgian :-
- 1 bahagian dimasukkan koko, ceri merah, ceri hijau dan kismis
- 1 bahagian dimasukkan chocolate rice dan horlick
6. Cara mengukus :
- Tuang 1 cawan adunan koko ke dalam acuan. Ratakan
- Kukus sampai masak.
- Angkat acuan dari kukusan
7. Tuang 1 cawan adunan horlick. Ratakan.
- Kukus sampai masak.
- Angkat acuan dari kukusan
8. Ulangi langkah-langkah no.6 dan no.7 secara berselang-seli sampai semua adunan habis digunakan.
Selamat mencuba!
KEK DAMAI BEACH
KEK DAMAI BEACH
PERSEDIAAN MEMBUAT KEK DAMAI BEACH
1. Alaskan acuan dengan kertas minyak dan laserkan dengan butter di sekeliling bahagian dalam acuan termasuk di atas kertas minyak.
- Kemudian taburkan sedikit tepung gandum ke dalam acuan. Tujuannya agar kek tidak melekat dan mudah dikeluarkan dari acuan nanti.
2. Panaskan air kukusan semasa menyediakan adunan kek.
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK DAMAI BEACH
10 biji telur ayam grade A
1 1/2 gelas gula halus
1 tin susu manis (395 gram)
16 oz mentega
1 tin milo ( kecil )
2 gelas serbuk biskut 'marie'
2 botol horlick
1 sudu makan browning sugar
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
CARA MENYEDIAKAN KEK DAMAI BEACH
1. Pukul telur dan gula sampai naik gebu dan pekat berkilat. Ketepikan
2. Pukul mentega dan susu manis sampai kembang.
3. Satukan adunan telur dan adunan mentega. Pukul sampai sebati.
4. Masukkan baking powder dan esen vanilla dan kuar sampai sebati.
5. Baru masukkan serbuk biskut 'marie', gaul sampai rata.
6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian :
- 1 bahagian dimasukkan milo dan browning. Kuar rata-rata
- 1 bahagian dimasukkan horlick. Kuar sampai sebati
7. Cara mengukus :
- Tuang 1 cawan adunan milo. Ratakan
- Kukus Sampai masak.
- Angkat
8. Tuang 1 cawan adunan horlick. Ratakan.
- Kukus sampai masak.
- Angkat
9. Ulangi langkah-langkah no. 7 dan No.8 berselang-seli sehingga adunan habis digunakan.
Selamat mencuba!
KEK WIDURI
KEK WIDURI
PERSEDIAAN MEMBUAT KEK WIDURI
1. Gula kasar di bahagi 2 bahagian :-
- 1 bahagian diberi warna hijau
- 1 bahagian diberi warna merah
- Ketepikan
2. Alaskan acuan dengan kertas minyak dan laserkan dengan butter di sekeliling bahagian dalam acuan termasuk di atas kertas minyak.
- Kemudian taburkan sedikit tepung gandum ke dalam acuan. Tujuannya agar kek tidak melekat dan mudah dikeluarkan dari acuan nanti.
3. Panaskan air kukusan semasa menyediakan adunan kek.
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK WIDURI
10 biji telur ayam grade A
1 gelas gula halus
300 g mentega
125 g minyak sapi
1 tin susu manis (395 gram)
1 gelas tepung gandum
2 gelas CERELEC ( Nestum With Milk )
1 gelas gula kasar ( di beri warna kuning dan hijau )
100 g manisan masam manis (hawflakes)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh baking powder (diayak dalam tepung gandum)
CARA MENYEDIAKAN KEK WIDURI
1. Asingkan putih dan kuning telur
2. Pukul putih telur dan gula halus sampai kembang.
3. Dalam mangkuk lain,pukul susu manis beserta mentega dan minyak sapi sampai kembang.
- Baru kuning telur dimasukkan satu persatu hingga habis dan pukul sampai sebati.
4. Satukan adunan putih telur dan adunan kuning telur. Masuk esen vanilla. Pukul lagi sampai rata.
5. Baru masukkankan CERELAC, tepung gandum, gula berwarna hijau & kuning dan buah masam manis (hawflakes).
6. Tuang ke dalam acuan. Ratakan
7. Kukus sehingga masak.
KEK TIDAK BERTELUR
KEK TIDAK BERTELUR
PERSEDIAAN BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK TIDAK BERTELUR
1. Alaskan acuan 7" X 7" dengan kertas minyak dan laserkan dengan butter di sekeliling bahagian dalam acuan termasuk di atas kertas minyak.
- Kemudian taburkan sedikit tepung gandum ke dalam acuan. Tujuannya agar kek tidak melekat dan mudah dikeluarkan dari acuan nanti.
3. Panaskan ovem 170c selama 7 minit sejurus sebelum memasukkan acuan berisi adunan kek.
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK TIDAK BERTELUR
1 gelas mentega
1 gelas susu cair
1 gelas gula kasar
2 gelas tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh baking powder (diayak bersama tepung gandum)
CARA MEMBUAT KEK TIDAK BERTELUR
1. Pukul mentega dan gula sampai kembang.
2. Masukkan susu cair dan esen vanilla, pukul lagi sampai sebati.
3. Baru masukkan tepung gandum. Kuar sampai sebati
4. Bakar sampai masak
Selamat mencuba!
Wednesday, 17 July 2013
KEK SURPRISE
Kek Surprise, seperti Kek Dandy, Kek Pilih Kasih dan Kek Lapis Sarawak adalah antara 'a must-have cake' pada Hari Lebaran di Sarawak pada tahun 80an. Walaupun kos membuatnya agak mahal tetapi rasanya sedap dan tahan sebulan pada suhu bilik (tidak perlu disimpan dalam peti sejuk sebab kek ini semakin lama semakin sedap apabila buah-buahan dan kekacang didalamnya menyerap di dalam kek).
Jika ada yang berhajat hendak mencuba, inilah masa terbaik untuk membuatnya untuk dihidangkan pada Hari Raya Aidil Fitri nanti!
KEK SURPRISE
PERSEDIAAN UNTUK MEMBUAT KEK SURPRISE
1. Semua buah-buahan hendaklah dipotong kecil-kecil terlebih dahulu.
- Buah-buahan seperti Kurma dan Prune dibuang bijinya
- (Sejurus sebelum mengukus kek, gaul buah-buahan dengan 1/2 gelas tepung gandum untuk mengelak buah-buahan daripada melekat sesama sendiri)
2. Buah gajus diaru sampai masak
2. Alaskan acuan 7" X 7" dengan kertas minyak dan laserkan dengan butter di sekeliling bahagian dalam acuan termasuk di atas kertas minyak.
- Kemudian taburkan sedikit tepung gandum ke dalam acuan. Tujuannya agar kek tidak melekat dan mudah dikeluarkan dari acuan nanti.
PENYEDIAAN BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK SURPRISE
5 biji telur ayam
2 sudu makan gula halus
2 sudu makan golden syrup
2 sudu makan mentega
1 1/2 cawan tepung gandum (1/2 cawan digaul bersama buah-buahan)
1 sudu the esen vanilla
1 sudu the baking powder (diayak bersama tepung gandum)
2 sudu makan chocolate chip
600 gram kurma
3 kotak buah bidara
1 peket buah prune
600 gram gajus (diaru sampai masak)
3 bungkus ceri hijau
CARA MENYEDIAKAN KEK SURPRISE
1. Pukul telur dan gula sampai gebu dan pekat.
2. Di tempat lain, pukul mentega dan golden sampai kembang.
- Masukkan telor sebiji-sebiji sambil terus memukul sehingga telur habis
3. Satukan adunan telur dan adunan mentega. Pukul lagi sampai sebati.
4. Baru masukkan esen vanilla dan tepung gandum sambil dikuar-kuar sampai sebati.
5. Kemudian baru masukkan semua buah-buahan yang telah digaulkan dengan tepung gandum terlebih dahulu dan kuar lagi sampai benar-benar rata.
- pastikan tiada lagi ketulan tepung di dalam adunan
6. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan ratakan permukaan kek.
7. Bakar dengan api oven sederhana sehingga kek masak
Selamat mencuba & enjoy the cake :D
KEK PILIH KASIH
Ada orang request nak makan, terpakas dipotong, panas-panas, sebaik
dikeluarkan dari oven, jadi tak berapa cantik potongannya. Tapi rasanya
memang SEDAP sangat !
Kek Pilih Kasih antara 'must-have' cake pada Hari Lebaran di Sarawak. Kek ini seperti kek-kek lain semakin lama semakin sedap rasanya.
KEK PILIH KASIH
PERSEDIAAN BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK PILIH KASIH
1. Alaskan acuan 9" X 9" dengan kertas minyak dan laserkan dengan butter di sekeliling bahagian dalam acuan termasuk di atas kertas minyak.
- Kemudian taburkan sedikit tepung gandum ke dalam acuan. Tujuannya agar kek tidak melekat dan mudah dikeluarkan dari acuan nanti.
2. Sediakan aluminium foil secukupnya bagi menutup atas acuan untuk menghindari wap air kukusan jatuh di atas kek.
3. Panaskan air kukusan semasa menyediakan adunan kek.
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK PILIH KASIH
16 oz mentega
10 biji telur ayam
1 tin susu manis (395 gram)
2 1/2 gelas gula halus
2 1/2 gelas tepung gandum
6 sudu makan serbuk Milo
1 botol kecil horlick
1 kilogram bijan
3 sudu makan browning sugar
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh baking powder (diayak bersama tepung gandum)
CARA MEMBUAT KEK PILIH KASIH
1. Pukul telur dengan gula sampai naik gebu dan pekat
2. Pukul mentega dan susu sampai kembang.
3. Satukan adunan telur dan adunan mentega dan pukul lagi sampai sebati.
4. Seterusnya masukkan browning sugar dan esen vanilla, kuar rata-rata.
5. Baru masukkan Milo, horlick dan tepung gandum. Kuar sampai sebati
6. Kemudian masukkan bijan. Gaul sampai rata.
Saya terbeli horlicks chocolate, jadi gelap sikitlah adunannya
7. Kukus 6 jam
- Angkat
8. Bakar dalam oven pada suhu rendah selama 1 jam
Selamat mencuba!
KEK DANDY
Kek Dandy terkenal di Sarawak pada tahun 90an. Walaupun kos membuatnya agak mahal tetapi rasanya sedap dan tahan sebulan pada suhu bilik (tidak perlu disimpan dalam peti sejuk sebab kek ini semakin lama semakin sedap apabila buah-buahan didalamnya menyerap di dalam kek).
Jika ada yang berhajat hendak mencuba, inilah masa terbaik untuk membuatnya untuk dihidangkan pada Hari Raya Aidil Fitri nanti!
KEK DANDY
PERSEDIAAN UNTUK MEMBUAT KEK DANDY
1. Semua buah-buahan hendaklah dipotong kecil-kecil terlebih dahulu. Ketepikan.
- (Sejurus sebelum mengukus kek, gaul buah-buahan dengan 1 gelas tepung gandum untuk mengelak buah-buahan daripada melekat sesama sendiri)
2. Panaskan air dalam pengukus semasa menyediakan bahan-bahannya.
4. Alaskan acuan 10" X 10" dengan kertas minyak dan laserkan dengan butter di sekeliling bahagian dalam acuan termasuk di atas kertas minyak.
- Kemudian taburkan sedikit tepung gandum ke dalam acuan. Tujuannya agar kek tidak melekat dan mudah dikeluarkan dari acuan nanti.
5. Sediakan aluminium foil secukupnya bagi menutup atas acuan untuk menghindari wap air kukusan jatuh di atas kek.
PENYEDIAAN BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK DANDY
16 oz mentega
1 tin susu manis (395 gram)
1/2 gelas gula halus
5 biji telur ayam grade A
4 1/2 gelas tepung gandum (tinggalkan 1 gelas untuk digaul bersama buah-buahan)
2 bungkus ceri merah
2 bungkus ceri hijau
300 gram kismis hitam
300 gram kismis kuning
600 gram kurma
50 kilogram manisan kundur
Sedikit manisan limau (kalau banyak nanti pahit)
11/2 sudu teh esen vanilla
CARA MENYEDIAKAN KEK DANDY
1. Pukul telur dan gula sampai gebu dan pekat.
2. Di tempat lain, pukul mentega dan susu manis sampai kembang.
- Masukkan telor sebiji-sebiji sambil terus memukul sehingga telur habis
3. Satukan adunan telur dan adunan mentega. Pukul lagi sampai sebati.
4. Baru masukkan esen vanilla dan tepung gandum segelas demi segelas sambil dikuar-kuar sampai sebati.
5. Kemudian baru masukkan semua buah-buahan yang telah digaulkan dengan tepung gandum terlebih dahulu dan kuar lagi sampai benar-benar rata.
- pastikan tiada lagi ketulan tepung di dalam adunan
6. Tuangkan adunan ke dalam acuan. Ratakan dan tutup atas acuan dengan aluminium foil.
7. Kukus 8 jam.
- Pastikan air kukusan sentiasa diperhati dan ditambah untuk mengelaknya kering dan menyebabkan kek hangus!
8. Angkat dari kukusan dan masukkan ke dalam oven dan bakar dengan suhu rendah selama 1 jam.
Selamat mencuba & enjoy the cake :D
KEK CAHAYA
*** Kek Cahaya hanya menggunakan putih telur.
KEK CAHAYA
PERSEDIAAN BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK CAHAYA
1. Alaskan acuan 7" X 7" dengan kertas minyak dan laserkan dengan butter di sekeliling bahagian dalam acuan termasuk di atas kertas minyak.
- Kemudian taburkan sedikit tepung gandum ke dalam acuan. Tujuannya agar kek tidak melekat dan mudah dikeluarkan dari acuan nanti.
2. Panaskan oven 170c selama 7 minit sejurus sebelum kek dimasukkan ke dalam oven
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK CAHAYA
10 biji PUTIH telur ayam (buang semua kuningnya!)
1 gelas spray
1/2 tin susu manis (395 gram)
1 tin gula halus
1 gelas tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh baking powder (diayak bersama tepung gandum)
CARA MEMBUAT KEK CAHAYA
1. Pukul telur dengan gula sampai naik gebu dan pekat
2. Pukul spray dan susu sampai kembang.
3. Satukan adunan telur dan adunan spray bersama esen vanilla, dan pukul lagi sampai sebati.
4. Baru masukkan tepung gandum. Kuar sampai sebati
5. Tuang ke dalam acuan dan bakar sampai masak
Selamat mencuba!
KEK KUKUS BATIK SERONG
KEK KUKUS BATIK SERONG
PERSEDIAAN BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK KUKUS BATIK SERONG
1. Sediakan tin mentega 16 oz yang telah dibersih dan dikeringkan untuk menyukat tepung gandum dan gula nanti.
2. Sediakan 4 beg pemancit aising
3. Alaskan acuan 9" X 9" dengan kertas minyak dan laserkan dengan butter di sekeliling bahagian dalam acuan termasuk di atas kertas minyak.
- Kemudian taburkan sedikit tepung gandum ke dalam acuan. Tujuannya agar kek tidak melekat dan mudah dikeluarkan dari acuan nanti.
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK KUKUS BATIK SERONG
6 biji telur ayam
16 oz mentega
1 tin susu manis (395 gram)
5 sudu makan susu tepung
1 tin gula halus } gunakan tin
2 1/2 tin tepung gandum } mentega 16 oz
1 botol jem epal
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh baking powder (diayak bersama tepung gandum)
Sedikit serbuk koko
Pewarna - merah, hijau dan kuning
CARA MEMBUAT KEK KUKUS BATIK SERONG
1. Pukul telur dengan gula sampai naik gebu dan pekat
2. Pukul mentega dan susu sampai kembang.
3. Satukan adunan telur dan adunan mentega bersama esen vanilla, dan pukul lagi sampai sebati.
4. Baru masukkan susu tepung dan tepung gandum. Kuar sampai sebati
5. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian
- 1 bahagian diwarnakan kuning dan masukkan ke dalam beg pemancit aising
- 1 bahagian diwarnakan merah dan masukkan ke dalam beg pemancit aising
- 1 bahagian diwarnakan hijau dan masukkan ke dalam beg pemancit aising
- 1 bahagian dikuar dengan koko dan masukkan ke dalam beg pemancit aising
6. Caranya mengukusnya :
- Pancit setiap bahagian adunan ke dalam acuan secara menyerong dengan berselang-seli warnanya sehingga menutupi semua permukaan acuan.
- Kukus sampai masak
- Angkat
7. Sapu jem epal rata-rata di atas kek
8. Ulangi langkah-langkah no.6
- Pancit setiap bahagian adunan ke dalam acuan secara menyerong dengan berselang-seli warnanya sehingga menutupi semua permukaan kek.
- Kukus sampai masak
- Angkat
9. Ulangi langkah-langkah no.8 sehingga semua adunan habis digunakan
Selamat mencuba!
KEK BUAH BONDA
KEK BUAH BONDA
PERSEDIAAN BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK BUAH BONDA
1. Arukan badam sampai masak. Ketepikan
2. Potong kecil semua buah-buahan yang digunakan. (Gaul dengan 1 gelas tepung sejurus sebelum dimasukkan ke dalam adunan)
3. Alaskan acuan 9" X 9" dengan kertas minyak dan laserkan dengan butter di sekeliling bahagian dalam acuan termasuk di atas kertas minyak.
- Kemudian taburkan sedikit tepung gandum ke dalam acuan. Tujuannya agar kek tidak melekat dan mudah dikeluarkan dari acuan nanti.
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK BUAH BONDA
10 biji telur ayam
16 oz mentega
1 tin susu manis (395 gram)
1 gelas gula kasar
1 gelas gula merah
4 gelas tepung gandum (1 gelas digaul dengan buah-buahan)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu the baking powder (diayak bersama tepung gandum)
1 bungkus ceri merah
1 bungkus ceri hijau
1 bungkus badam (telah diaru/masak dalam oven)
2 1/2 kotak mixed fruit
2 keping buah kasmak
Sedikit manisan limau (kalau banyak kek akan jadi pahit)
CARA MEMBUAT KEK BUAH BONDA
1. Pukul telur dengan gula sampai naik gebu dan pekat
2. Pukul mentega dan susu sampai kembang.
3. Satukan adunan telur dan adunan mentega bersama esen vanilla, dan pukul lagi sampai sebati.
4. Baru masukkan tepung gandum. Kuar sampai sebati
5. Masukkan buah-buahan serta badam dan kuar sampai rata.
6. Tuang adunan ke dalam acuan
7. Bakar sampai masak
Selamat mencuba!
KEK DODOL BUAH-BUAHAN
KEK DODOL BUAH-BUAHAN
PERSEDIAAN BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK DODOL BUAH-BUAHAN
1. Arukan badam sampai masak. Ketepikan
2. Sediakan kuali bersih dan kering untuk memasak kek nanti (sebelum kek dimasak ke dalam oven, kek diaru dalam kuali terlebih dahulu)
3. Alaskan acuan 8" X 8" dengan kertas minyak dan laserkan dengan butter di sekeliling bahagian dalam acuan termasuk di atas kertas minyak.
- Kemudian taburkan sedikit tepung gandum ke dalam acuan. Tujuannya agar kek tidak melekat dan mudah dikeluarkan dari acuan nanti.
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK DODOL BUAH-BUAHAN
1 tin kecil Ghee
1 gelas mentega
1 tin susu manis (395 gram)
10 biji telur ayam
1 gelas gula kasar
1 gelas tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
150 gram kismis hitam
150 gram kismis kuning
300 gram buah bidara
1 bungkus ceri merah
1 bungkus ceri hijau
1 bungkus badam (telah diaru/masak dalam oven)
CARA MEMBUAT KEK DODOL BUAH-BUAHAN
1. Pukul telur dengan gula sampai naik gebu dan pekat
2. Pukul mentega dan susu sampai kembang.
3. Satukan adunan telur dan adunan mentega bersama esen vanilla, dan pukul lagi sampai sebati.
4. Baru masukkan tepung gandum. Kuar sampai sebati
5. Masukkan buah-buahan serta badam dan kuar sampai rata.
6. Tuang adunan ke dalam kuali.
7. Kuar atas api sederhana sehingga adunan menjadi pekat.
8. Baru tuangkan adunan ke dalam acuan. Ratakan permukaannya
9. Bakar menggunakan suhu sederhana sehingga masak
Selamat mencuba!
KEK DODOL KELAPA
KEK DODOL KELAPA
PERSEDIAAN BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK DODOL KELAPA
1. Sehari sebelum membuat Kek Dodol Kelapa sediakan 1 biji kelapa :
- Kupas/kikis kulit hitamnya
- Parutkan
- Jemur di bawah sinar matahari
- Ketepikan
2. Sediakan tin mentega 16 oz yang telah dibersih dan dikeringkan untuk menyukat tepung gandum dan gula nanti.
3. Sediakan kuali bersih dan kering untuk memasak kek nanti (sebelum kek dimasak ke dalam oven, kek diaru dalam kuali terlebih dahulu)
4. Alaskan acuan 9" X 9" dengan kertas minyak dan laserkan dengan butter di sekeliling bahagian dalam acuan termasuk di atas kertas minyak.
- Kemudian taburkan sedikit tepung gandum ke dalam acuan. Tujuannya agar kek tidak melekat dan mudah dikeluarkan dari acuan nanti.
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK DODOL KELAPA
16 oz mentega
10 biji telur ayam
1 tin gula kasar } gunakan tin
1 tin tepung gandum } mentega 16 oz
1 tin susu manis (395 gram)
1 sudu teh esen vanilla
1 biji kelapa parut yang telah dikeringkan
CARA MEMBUAT KEK DODOL KELAPA
1. Pukul telur dengan gula sampai naik gebu dan pekat
2. Pukul mentega dan susu sampai kembang.
3. Satukan adunan telur dan adunan mentega bersama esen vanilla, dan pukul lagi sampai sebati.
4. Baru masukkan tepung gandum.Kuar sampai sebati
5. Masukkan kelapa kering dan kuar sampai rata.
6. Tuang adunan ke dalam kuali.
7. Kuar atas api sederhana sehingga adunan menjadi pekat.
8. Baru tuangkan adunan ke dalam acuan. Ratakan permukaannya
9. Bakar menggunakan suhu sederhana sehingga masak
Selamat mencuba!
KEK DODOL
KEK DODOL
PERSEDIAAN BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK DODOL
1. Sediakan tin mentega 16 oz yang telah dibersih dan dikeringkan untuk menyukat tepung gandum dan gula nanti.
2. Sediakan kuali bersih dan kering untuk memasak kek nanti (sebelum kek dimasak ke dalam oven, kek diaru dalam kuali terlebih dahulu)
3. Alaskan acuan 8" X 8" dengan kertas minyak dan laserkan dengan butter di sekeliling bahagian dalam acuan termasuk di atas kertas minyak.
- Kemudian taburkan sedikit tepung gandum ke dalam acuan. Tujuannya agar kek tidak melekat dan mudah dikeluarkan dari acuan nanti.
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK DODOL
16 oz mentega
10 biji telur ayam
1 tin gula halus } gunakan tin
1 tin tepung gandum } mentega 16 oz
1 tin susu manis
300 gram kismis hitam
300 gram kismis kuning
1 sudu teh esen vanilla
1. Pukul telur dengan gula sampai naik gebu dan pekat
2. Pukul mentega dan susu sampai kembang.
3. Satukan adunan telur dan adunan mentega bersama esen vanilla, dan pukul lagi sampai sebati.
4. Baru masukkan tepung gandum.Kuar sampai sebati
5. Masukkan kismis dan kuar sampai rata.
6. Tuang adunan ke dalam kuali.
7. Kuar atas api sederhana sehingga adunan menjadi pekat (3/4 masak)
8. Baru tuangkan adunan ke dalam acuan. Ratakan permukaannya
9. Bakar 1/2 - 1 jam dengan api 200 - 230F
Selamat mencuba!
KEK PAPAN CATUR
Kek Papan Catur ni berwarna coklat tua dan putih. Maaf tak ada gambar masa ni. Tapi dulu-dulu memang saya selalu membuatnya untuk dihidangkan pada hari lebaran kerana Kek Papan Catur ini tahan lama, tidak perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk kalau setakat 3 ke 5 hari.
PERSEDIAAN UNTUK MEMBUAT KEK PAPAN CATUR
1. Kisar kismis hitam untuk adunan A. Ketepikan.
2. Ayak tepung gandum bersama bicarbonate of soda untuk adunan A dan
ayak tepung gandum bersama baking powder untuk adunan B. Ketepikan
3. Cairkan chocolate cardbury untuk adunan A. Ketepikan
4. Panaskan air dalam pengukus semasa menyediakan bahan-bahan A atau B
5. Sediakan 2 loyang 9" X 9"
- Alaskan kedua-dua acuan dengan kertas minyak dan laserkan dengan butter di sekeliling bahagian dalam acuan termasuk di atas kertas minyak.
- Kemudian taburkan sedikit tepung gandum ke dalam acuan. Tujuannya agar kek tidak melekat dan mudah dikeluarkan dari acuan nanti.
BAHAN-BAHAN A (BERWARNA COKLAT)
- Adunan A hendaklah dibuat sehari lebih awal daripada adunanB agar sempat disejukkan dan mudah dipotong dan disusun atas adunan B kemudian
6 biji telor ayam
8 oz mentega
4 gelas tepung gandum
1 gelas gula kasar
600 gram kismis (dikisar halus)
2 gelas gula merah
1 keping besar cardbury chocolate (cairkan)
2 sudu besar browning sugar
1 sudu teh bicarbonate of soda (diayak dalam tepung gandum)
1 sudu teh esen vanilla
1/2 botol kecil horlick
CARA MEMBUAT BAHAGIAN A (BERWARNA COKLAT)
1. Pukul telor dan gula sampai naik gebu dan pekat
2. Di tempat lain, pukul mentega dengan dula sampai kembang
3. Satukan adunan telor dan mentega. Pukul sampai sebati
5. Masukkan vanilla, coklet cair dan browning sugar. Pukul lagi
6. Masukkan horlick dan tepung gandum. Kuar sampai rata
7. Baru masukkan kismis kisar. Kuar rata-rata
8. Tuang ke dalam loyang dan kukus 4 jam
9. Apabila telah sejuk, potongkan panjang-panjang sebanyak 8 potongan sama saiz.
- Ketepikan
BAHAN-BAHAN B (BERWARNA PUTIH/PLAIN)
16 oz mentega
2 gelas gula
21/2 gelas tepung gandum
1/2 tin susu manis
10 biji telur ayam
2 sudu makan golden syrup
1 susu teh baking powder (diayak dalam tepung gandum)
1 susu teh esen vanilla
Untuk hiasan atas kek;
1 peket ceri merah dan ceri hijau
1 peket badam
CARA MEMBUAT BAHAGIAN B (BERWARNA PUTIH/PLAIN)
1. Pukul telur dan gula sampai naik gebu dan pekat
2. Ditempat lain pukul mentega dengan susu sampai kembang
- masukkan golden syrup dan esen vanilla, pukul samapi sebati
3. Satukan adunan telur dan adunan mentega. Pukul lagi sampai sebati.
4. Baru masukkan tepung, kaup-kaupkan sehingga sebati
5. Tuang 1/2 cawan ke dalam acuan.
6. Kukus sampai masak. Angkat acuan dari kukusan.
7. Susun kek bahagian A di atasnya. Cucuk dengan lidi/pencungkil gigi agar stabil
8. Tuang adunan B di celah-celah A sehingga semuanya telah ditutupi B
9. Kukus sampai masak. Angkat acuan dari kukusan
10. Susun A di atas B yang telah masak tadi. Cucuk dengan pencukil gigi/lidi agar stabil.
- Tuang lagi B di celah-celah A sehingga semua A ditutupi.
- Kukus sampai masak
11. Ulangi lagkah 8, 9 dan 10 sehingga potongan A dan adunan B habis digunakan.
12. Hias atas kek dengan ceri merah, ceri hijau dan badam ikut suka.

Tuesday, 16 July 2013
KEK KACA REMUK
KEK KACA REMUK A.K.A. KEK KACA RETAK
Assalamu'alaikum.
Maaf lama dah tidak berkesempatan menjengok di sini sebab menjaga ibu yang 'bedridden' & kena bagi 'tube feeding three hourly', mujur bergilir dengan adik, kadang2 dapatlah juga buat kerja lain & keluar rumah sekejap sekali-sekala.
Semalam saya berkesempatan membuat 'KEK KACA REMUK' versi dibakar dalam oven. Cumanya keknya agak keperangan sedikit (seperti gambar di atas) daripada 'KEK KACA REMUK' versi dikukus yang lebih putih & jelas 'kaca' nya (buah kundurnya).
Untuk resepinya sila ke status saya hari ini, Sabtu, 18 Julai 2014.
>>> http://catscityhornbillland.blogspot.com/2014/07/kek-kaca-remuk-a.html
Kek Kaca Remuk sesuai untuk Hari Lebaran kerana selain enak, Kek Kaca Remuk ini semakin lama semakin 'moist' dan harum. Kek Kaca Remuk tahan seminggu tanpa perlu dimasukkan ke dalam petisejuk. Agar Kek Kaca Remuk 'moist', buatkan 3 hari sebelum dimakan atau dihidangkan.
KEK KACA REMUK
PERSEDIAAN BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK KACA REMUK
1. Manisan kundur hendaklah dihiris nipis-nipis dan panjang-panjang. Ketepikan.
2. Tepung gandum hendaklah diayak bersama baking powder, Ketepikan
3. Panaskan air dalam pengukus semasa menyediakan bahan-bahannya.
4. Alaskan acuan 9" X 9" dengan kertas minyak dan laserkan dengan butter di sekeliling acuan termasuk di atas dan di bawah kertas minyak.
- Kemudian taburkan sedikit tepung gandum ke dalam acuan yang telah dilaserkan tadi
- Lepas tu, tepuk-tepukkan acuan agar tepung nya melekat dengan rata sekeliling acuan, buang lebihan tepungnya yang tidak melekat.
* Tujuannya agar kek tidak melekat dan mudah dikeluarkan dari acuan nanti.
5. Sediakan plastik atau aluminium foil secukupnya bagi menutup atas acuan untuk menghindari wap air kukusan jatuh di atas Kek Kaca Remuk.
PENYEDIAAN BAHAN-BAHAN KEK KACA REMUK
10 biji telur ayam
31/2 gelas tepung gandum
16 oz mentega
1 tin susu manis
11/2 gelas gula kasar
1 kilogram manisan kundur
2 sudu teh baking powder (telah diayak bersama tepung tadi)
11/2 sudu teh esen vanilla
CARA MENYEDIAKAN KEK KACA REMUK
1. Pukul telur dan gula sampai gebu dan pekat.
2. Di tempat lain, pukul mentega dan susu manis sampai kembang.
3. Satukan adunan telur dan adunan mentega. Pukul lagi sampai sebati.
4. Baru masukkan esen vanilla dan tepung gandum segelas demi segelas sambil dikuar-kuar sampai sebati.
5. Masukkan pula manisan kundur dan kuar lagi sampai rata.
6. Tuangkan adunan ke dalam acuan. Ratakan dan tutup atas acuan dengan aluminium foil.
7. Kukus sehingga separuh masak.
- Air kukusan hendaklah selalu ditambah untuk mengelaknya kering dan kek hangus!
8. Apabila separuh masak, angkat dari kukusan.
- Tekankan kek agar padat.
9. Masukkan semula kek ke dalam kukusan dan kukus sampai masak
10. Apabila kek masak, masukkan ke dalam oven dan bakar dengan suhu paling rendah selama 1 jam.

RESEPI BUBUR SUM-SUM
BUBUR SUM-SUM (plain)
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT BUBUR SUM-SUM
3 helai daun pandan - dicuci dan diikat kemas
3 cawan air
1 cawan santan
1 cawan tepung beras
CARA MENYEDIAKAN BUBUR SUM-SUM
1. Dalam periuk, campurkan semua bahan di atas. Kacau hingga sebati.
2. Letakkan periuk di atas api kecil dan kuar sehingga menggelegak
3. Angkatkan periuk dari atas tungku dapur.
4. Untuk memudahkan kerja, tuangkan adunan ke dalam jug.
5. Tuangkan kedalam acuan kecil. Atau boleh juga mengunakan loyang sahaja. Ketepikan.
6. Sediakan pula air gula merah sperti di bawah.
7. Apabila hendak makan, sudukan bubur sum-sum ke dalam mangkuk kecil. Tuang air gula merah ke atasnya.
Tambahan :
Untuk menarik perhatian anak-anak, Bubur Sum-Sum boleh dibuat dalam 2 warna menarik, hijau dan merah seperti gambar di bawah!
BAHAN UNTUK MEMBUAT AIR GULA MERAH UNTUK BUBUR SUM-SUM
Gula pasir secukup rasa (ikut suka)
Gula merah - 3 sudu makan
Air 1 cawan
2 helai daun pandan (dicuci bersih dan di potong-potong)
CARA MEMBUAT AIR GULA MERAH UNTUK BUBUR SUM-SUM
1. Dalam periuk yang lain, campurkan semua bahan-bahan di atas.
2. Kuarkan atas api sederhana sehingga mendidih (sehingga daun pandan kering)
3. Angkat dari tungku dapur.
4. Tapiskan ke dalam bekas yang bakal digunakan untuk menghidang.
Selamat mencuba & enjoy buburnya!
BISKUT MAKMUR
BISKUT MAKMUR
PERSEDIAAN MEMBUAT BISKUT MAKMUR
~ Panaskan oven semasa menyediakan adunan Biskut Makmur.
~ Cairkan minyak sapi (atau mentega jika menggunakan mentega). Sejukkan. Ketepikan.
BAHAN-BAHAN BISKUT MAKMUR
16 oz minyak sapi (Ghee) (jika suka boleh ditukarkan dengan 16 oz mentega)
Gula Halus secukupnya
Tepung gandum secukupnya
1/2 gelas Cerelac (Cerelac gandum + madu sedap)
CARA MEMBUAT BISKUT MAKMUR
1. Tuangkan ghee/mentega cair di atas tepung dan gula.
~ Uli dengan tangan sampai menjadi doh.
2. Campurkan 1/2 gelas cerelac. Uli sampai sebati.
3. Bentukkan bulat-bulat.
4. Bakar sehingga masak. Angkat.
5. Golekkan atas celerac dan gula icing/ gula halus.
Tambahan :
Jika suka Biskut Makmur berinti kacang, blender kacang tanah bersama gula. Masukkan ke dalam biskut yang telah dibulatkan sebelum dibakar.
- Apabila telah masak boleh juga di golekkan atas gula icing atau gula halus.
KEK KUKUS SARAWAK
Kek kukus Sarawak ini tahan sebulan tanpa perlu dimasukkan di dalam petisejuk. Selalunya warga Sarawak akan membuatnya seminggu menjelang Hari Raya sebab kek ini semakin lama semakin 'moist' dan sedap.
KEK KUKUS SARAWAK
PERSEDIAAN BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK KUKUS SARAWAK
1. 600 gram kismis digaul hingga sebati dengan 1 gelas tepung gandum. Ketepikan
2. 1 biji buah pala ditumbuk dan diayak. Ketepikan
3. Tanakkan gula menjadi 1/2 gelas gula tanak. Ketepikan
3. 1 gelas tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder, Ketepikan
4. 1 gelas tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh bicarbonate of soda. Ketepikan
5. 1 gelas tepung gandum diayak bersama1 sudu teh cream of tartar. Ketepikan
6. Panaskan air dalam pengukus semasa menyediakan bahan-bahannya.
7. Alaskan acuan 9" X 9" dengan kertas minyak dan laserkan dengan butter di sekeliling bahagian dalam acuan termasuk di atas kertas minyak.
- Kemudian taburkan sedikit tepung gandum ke dalam acuan. Tujuannya agar kek tidak melekat dan mudah dikeluarkan daripada acuan.
8. Sediakan aluminium foil secukupnya bagi menutup atas acuan untuk menghindari wap air kukusan jatuh di atas Kek Kukus.
PENYEDIAAN BAHAN-BAHAN KEK KUKUS SARAWAK
8 biji telur ayam grade A
4 gelas tepung gandum (telah siap-siap ibahagi empat dan disediakan seperti langkah-langkah di atas tadi)
16 oz mentega
11/2 gelas gula kasar
1/2 gelas gula tanak tadi
600 gram kismis (telah digaul dengan tepung tadi)
1 biji serbuk buah pala (yang disediakan awal tadi)
1 sudu teh baking powder (telah diayak bersama tepung tadi)
1 sudu teh cream of tartar (telah diayak bersama tepung tadi)
1 sudu teh bicarbonate of soda (telah diayak bersama tepung tadi)
11/2 sudu teh esen vanilla
CARA MENYEDIAKAN KEK KUKUS SARAWAK
1. Pukul mentega dan gula sampai kembang.
2. Sambil dikuar masukkan telur sebiji-sebiji sehingga habis.
3. Baru masukkan tepung gandum yang telah disediakan tadi segelas demi segelas sambil dikuar-kuar sampai sebati.
4. Masukkan pula kismis bertepung tadi dan kuar lagi sampai sebati.
5. Baru masukkan gula tanak. Gaul sampai sebati.
6. Tuangkan adunan ke dalam acuan di atas. Ratakan dan tutup atas acuan dengan aluminium foil.
7. Kukus sehingga 4 jam.
- Air kukusan hendaklah selalu ditambah untuk mengelaknya kering dan kek hangus!
Selamat mencuba & enjoy the cake :D
KEK LAPIS SAMBAS YANG SIMPLE TAPI SANGAT SEDAP
PERSEDIAAN MEMBUAT KEK LAPIS SAMBAS
1. Ayakkan 1/2 mangkuk tepung gandum bersama 1 sudu teh baking powder.
2. Alaskan dulang pembakar saiz 9" X 9" dengan kertas minyak.
~Kemudian laserkan bahagian tepi dan bawah (termasuk kertas minyak) acuan dengan mentega. ~Taburkan sedikit tepung gandum di atasnya. Ini untuk mengelak kek-kek yang dibakar daripada melekat pada acuan dan mudah dikeluarkan.
3. Panaskan oven lebih kurang 7 minit dengan suhu 180c sejurus sebelum digunakan.
BAHAN-BAHAN MEMBUAT KEK LAPIS SAMBAS
16 oz mentega / butter
10 biji telor ayam grade A
1 tin susu manis (395 gram)
1 mangkuk gula kasar
11/2 mangkuk tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
CARA MENYEDIAKAN KEK LAPIS SAMBAS
1. Asingkan putih telor dari kuning telor.
2. Pukul putih telor dan gula hingga naik dan gebu
3. Di tempat lain, pukul mentega dan susu sampai putih dan berkilat. Masukkan kuning telur satu-persatu sehingga habis sambil terus memukul.
4. Baru tuangkan adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur. Pukul sekejap.
5. Masukkan tepung gandum & baking powder. Kaup-kaupkan sehingga sebati.
CARA MEMBAKAR KEK LAPIS SAMBAS
1. Setiap lapisan hendaklah 1 cawan atau 11/2 senduk.
2. Mula-mula tuangkan 1 cawan adunan dan ratakan dalam acuan.
~ Kemudian bakar menggunakan api bawah dan atas sehingga kuning.
3. Tuang lagi 1 cawan dan ratakan. Bakar dengan api atas sahaja sehingga masak. Angkat apabila bahagian atas kek kelihatan kekuningan.
4. Ulangi langkah No. 3 untuk lapis-lapis seterusnya sehingga selesai.
5. Agar Kek Lapis Sambas tahan lama, bakar kek menggunakan api bawah sahaja pada suhu rendah selama 1 jam.
Selamat mencuba!
Monday, 15 July 2013
KEK BATIK BIKSUT 'MARIE' (CHILLED)
Gambar hiasan - bagaimana rupa biskut 'marie' yang telah dipatah dua.
Resepi Kek Batik Biskut 'Marie' yang tidak perlu dibakar (hanya disejuk bekukan dalam freezer sahaja) ini adalah resepi turun temurun keluarga mak saya.
PERSEDIAAN MEMBUAT KEK BATIK BISKUT MARIE (CHILLED) :
1. Aru 1 gelas kacang tanah sampai masak.
~ Buang kulitnya
~ Tumbuk/blender seperti untuk membuat kuah satay/kuah kacang. Ketepikan.
2. Biskut 'Marie' (600 gram) dibelah dua. Ketepikan.
3. Alaskan acuan 8" X 8" dengan kertas plastik.
~ Pastikan palstik yang digunakan cukup besar untuk menutup permukaan kek nanti.
~ Laserkan kertas plastik dengan butter agar mudah mengeluarkan Kek Batik Biskut Marie ini nanti. Ketepikan.
BAHAN-BAHAN MEMBUAT KEK BATIK BISKUT MARIE (CHILLED) :
600 gram biskut 'marie'
1 gelas milo
1 gelas susu manis
1 gelas kacang tanah
CARA MEMBUAT KEK BATIK BISKUT MARIE (CHILLED) :
1. Masukkan biskut 'Marie' ke dalam mangkuk besar dan lembabkan dengan merenjiskannya dengan air suam-suam kuku. Jangan terlalu basah.
2. Tuangkan susu, kacang tanah dan milo ke atasnya.
3. Balik-balikkan dengan senduk sehingga adunan menjadi sebati.
4. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah disediakan tadi.
5. Tekan permukaan Kek Batik Biskut Marie menggunakan plastik sehingga rata.
6. Taburkan milo di atasnya.
7. Tutup permukaan kek menggunakan kertas plastik yang telah dilaserkan dengan butter.
8. Masukkan ke dalam ruang sejuk beku dalam petisejuk.
9. Kek Batik Biskut Marie ini sedap dimakan kalau bahannya dibuat malam dan dimakan keesokkan harinya.
Selamat mencuba. Semuga berjaya.
SARAWAK MALAY LANGUAGE (SML) OR BAHASA MELAYU SARAWAK (BMS)
SARAWAK MALAY LANGUAGE (SML) :
HISTORY
Sarawak is known as Bumi Kenyalang ("Land of the Hornbills"). Sarawak is situated on the South-west of the island of Borneo, bordering Sabah to the northeast, Indonesia to the south, and surrounding Brunei. It is separated from the Malay Peninsula by the South China Sea.
During the 15th century, Sarawak was under the influenced of the Bruneian Empire and was self-governed under Sultan Tengah.
However on the 24th of September 1841 Pangeran Muda Hashim bestowed the title Governor to James Brooke. James Brooke was appointed Rajah by the Sultan of Brunei on 18 August 1842. The Brooke dynasty ruled Sarawak for a hundred years and became famous as the "White Rajahs". Under British protection, Sarawak was an independent kingdom from 1841 until 1888.
On 22 July 1961 Sarawak was officially granted its independence. Sarawak joined with Malaya, North Borneo and Singapore, in the federation of Malaysia, which was formed on 16 September 1963.
THE PEOPLE OF SARAWAK
Sarawak has more than 40 sub-ethnic groups, each with its own distinct language, culture and lifestyle. Generally, Sarawak has seven major ethnic groups namely Iban, Chinese, Malay, Bidayuh, Melanau, Orang Ulu, and "others". Several more minor ethnics which do not belong to any of these seven major ethnic groups are Kedayan, Javanese, Bugis, Murut, and Indian.
THE MALAYS OF SARAWAK
Despite being Malays, Sarawak Malay has a distinct culture and language to that of other Malays in Peninsular Malaysia. They speak local variant of Bahasa Melayu Sarawak (or Sarawak Malay Language).
Source : Wikipedia
SARAWAK MALAY LANGUAGE
As part of the Malay language society, the Malays of Sarawak have their own accent which is different from other Malay accents or the standard national accent.
Sarawak Malay Language (SML) or Bahasa Melayu Sarawak (BMS) here is commonly used by natives in Sarawak. It is quite similar to the Ibanic Languages but is very different from Bahasa Malaysia.
The 'r' are similar to the pronounce of 'r' in the French Language (gurgling type sound).
In fact, most West Malaysian Malays do not understand Sarawak Malay Language or other Sarawakian conversation.
THE WORD "BAH'
Sabahan dialect is also very different from Sarawak Malay Language. However both Sabahan and Sarawakian used one similar word 'bah'. 'Bah' is used to stress a sentence.
1. Don't be like that - 'Iboh kedak ya bah'
2. Do not do that to him - 'Iboh molah nya kedak ya bah'
3. Lets go home - 'Bah! Balit gik kit tok'
WORS INFLUENCED BY ENGLISH LANGUAGE
Most of the words used in Sarawak Malay Language (SML) / Bahasa Melayu Sarawak (BMS)nowadays are influenced by many languages such as English and Bahasa Malaysia (BM).
Examples of words that came from English that have been modified according to the local accent :
SARAWAK MALAY LANGUAGE ENGLISH
Bab Bulb
Basikal Bicycle
Beg Bag
Belaus / Blaus Blouse
Bendes Bandage
Beranda Verandah
Berek Barrack
Biskut Biscuit
Brenis / Berenis Varnish
Bleda Tyre Bladder
Buk / Bup Book
But / Kasut But Boot
Doktor Doctor
Dero / Nero Draw
Dresa (may refer to medical term for 'dressing')
Ekon Air Conditioner
Elawen Allowance
Ekspres Express
Embilop Envelope
Epol / Epel Apple
Gad Guard
Gam Gum / Glue
Gohet Go Ahead
Gostan Reverse (*Go Stunt)
Godang Godown
Hedmasta Headmaster
Henpon Handphone
Imigresen Immigration Officer / Department
Jek Injection
Jeles Jealous
Jeti Jetty
Katbot Cardboard
Kapet Carpet
Kastam Customs Officer / Department
Kelak / Klak Clerk
Kek Cake
Kem Kem
Kemera Camera
Keset Cassette
Kolget / Koget Tooth Paste (Colgate)
Kontena Container
Kroke / koke Karaoke
Kuates Quarters
Leptop Laptop
Lori Lori
Loyar Lawyer
Maket Market
Motoka motorcar / car
Motosikal motorcycle
Nes / Misi Nurse
Paip Pipe
Pamcet / Pancet Punctured
Paspot Passpot (some use it for MyKad)
Perempan Frying Pan
Pel Pills
Pel Fail
Pelak / Plak Plug
Pelayar / Playar Plier
Pelanen / Baju Pelanen Flannel Shirt
Peres Press
Polis Police
Polis Polish
Pot Port
Raba Rubber Eraser
Redio / Radiu / Derio Radio
Rek / Rak Rack
Rekod Record / Gramophone record
Sebot Cupboard
Seket Skirt
Sekul Sekolah
Selepar / Slepar Slipper
Sempu Shampoo
Sepetar Hospital
Spek Spectacles
Spek Itam *Sunglasses
Sketeri Secretary
Skru Screw
Siling Ceiling
Stokin / Setokin Stockings
Suis Switch Plug
Tice Teacher
Teket Ticket
Taya Tire
Tempe / Tempa Temper
Trohet Straw Hat
Wap Wharf
Waya Wire
1. Examples of words that came from Bahasa Malaysia (BM) that have been modified according to the local accent. Many of the words are being simplified from the original pronunciation and some are totally different :
MALAY SARAWAK MALAY ENGLISH
Air Aik Water
Baldi Beledi Bucket
Bodoh Bodo Stupid
Jalanraya Jeraya Road
Kepala Palak Head
Lagi Lagik / Agik Some More
Mandi Mandik Bathing
Pandai Pandei Clever
Pakai Pakei
Perangai Perangei Character
Perahu Perauk Boat
Radai Radei
Seterika Tereka Iron
Sungai Sungei River
Terumpah Kayu Terompak Wooden Sandals
BAHASA LAUT
Other accent of Sarawak Malay language is known as 'Bahasa Laut', spoken by the Sarawak Malays who mostly settled along the bank of the rivers/sea. Most of the words spoken ended with the vowel "O".
Examples of Bahasa Laut :
'BAHASA LAUT' SARAWAK MALAY MALAY ENGLISH
Nak Po Nak Pa / Nak Apa Apa What
Pio Kedak Ya Macam itu Like That
Nak Yo Nak Tok Yang Ini This
Relevant Entries :