Untuk menghindarkan daripada segala kemudaratan disepanjang hari Rasulullah s.a.w. telah mengajarkan kepada kita doa seperti di atas untuk dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang
Sebaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud ;
Insya’ Allah, kita akan terhindar daripada ”mudarat” dan selamat dari bahaya, tidak akan melarat, tidak akan gagal dan tidak akan menanggung rugi kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya.
Caranya :-
1. Baca sebanyak 7 kali
~ sebelum memulakan sesuatu perjalanan atau sesuatu pekerjaan. Insya , Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.
* Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut.
* Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.
2. Baca sekurang-kurangnya 3 kali
~ sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman untuk mengelakkan makanan yang masuk ke dalam tubuh badan membawa mudarat kepada kita.
* Makanan dan minuman yang masuk ke tubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Penyakit seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman.
* Ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insya' Allah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.
3. Baca 3 kali, kemudian ludah sebelah kiri sebelum masuk ke dalam rumah
~ untuk menghindar daripada gangguan makhluk halus
* Seseorang itu akan terdedah kepada gangguan makhluk halus apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya. maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Insya’ Allah, pengamal doa ini akan membuat mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkannya.
* Apabila pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori dan masuk ke dalam rumah tanpa disedari. Anak-anak kecil mudah diganggu oleh makhluk ini, menyebabkannya menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum masuk ke dalam rumah.
** Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga kali.
No comments:
Post a Comment