AHLI perniagaan, Zaleha Mohd Khalid, 47, yang sebelum ini mengaku teman rapat Jalani Sidek, 49, tidak mahu dirinya dikaitkan dengan perceraian jaguh badminton negara itu dengan bekas isterinya, Raja Azmi Raja Sulaiman, 53.
"Kenapa pula soalan itu (apakah dia orang ketiga yang dikatakan punca perceraian) harus dituju kepada saya, sedangkan saya tidak bersangkut paut dalam hal perceraian mereka? Sebelum ini pun, sudah mereka (Jalani dan Raja Azmi) sahkan perceraiannya bukan kerana orang ketiga.
"Memang saya akui sebelum ini hubungan saya sekeluarga bersama keluarga mereka sangat baik seperti sebuah keluarga, namun isu perceraian ini jangan dikaitkan dengan saya," katanya kepada HIP.
Nama Zaleha dan persahabatannya dengan Jalani mula diperkatakan sejak akhir tahun lalu berikutan tersiarnya laporan dalam akhbar Berita Minggu bertarikh 4 Disember yang mendedahkan hubungan mereka. Namun, Zaleha menafikan laporan itu, sebaliknya menyifatkan hubungan bersama Jalani sekadar teman rapat dan majikan.
Dia juga menafikan mengeluarkan perkataan 'cinta' berkaitan hubungannya dengan Jalani seperti yang didedahkan dalam artikel berkenaan.
sumber gambar : utusan online
Petang Rabu, 27 Julai, bekas jaguh badminton negara itu, Jailani Sidek, 48, bercerai talak satu dengan isterinya, produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman, 53, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, petang Rabu.
Lafaz cerai itu dibuat di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin kira-kira pukul 3.25 petang.
Antara alasan perceraian mereka ialah tidak lagi wujud kasih sayang selain berhadapan dengan konflik rumah tangga yang berpanjangan.
Pasangan tersebut turut ditemani anak kedua mereka iaitu Puteri Suaida, 23.
Selepas prosiding itu, Jalani dilaporkan menafikan perceraiannya berpunca orang ketiga, sebaliknya dibuat atas persetujuan bersama serta bukan atas paksaan manamana pihak.
Zaleha berkata, dia menghormati keputusan Jailani.
"Siapa yang mahu melihat keruntuhan rumah tangga sendiri yang sudah dibina berpuluh tahun, begitu juga dengan saya. Saya harap mereka buanglah yang keruh dan ambillah biarpun sedikit kebaikan untuk hari tua kita," katanya.
Zaleha berkata, dia mendoakan segala yang terbaik untuk Jailani dan Raja Azmi termasuk anak-anak mereka yang sudah dianggap seperti anak sendiri.
"Jangan kita ganggu lagi hidup mereka, berilah ruang dan masa untuk mereka menempuh kehidupan baru yang lebih bahagia. Saya faham banyak hati yang harus kita jaga dan jangan sesekali kita mengaibkan orang lain jika kita tidak mahu diaibkan oleh pihak lain," katanya.
No comments:
Post a Comment