Tuesday 19 June 2012

Redha Ibu Bapa Adalah Redha Allah



Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu :

i)  Tanggungjawab semasa mereka masih hidup 

ii) Tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia

Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. 

Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah :

i)   Berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila 
      berkomunikasi dengan mereka

ii)  Mengeluar belanja untuk keperluan ibu bapa 

iii) Menjaga mereka dengan sebaik-baiknya

Apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk :

i)    Mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka

ii)   Menzirahi pusara mereka

iii)  Melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai

iv)  Menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu 
       bapa

v)    Mengqadakan puasa yang terhutang

vi)   Menunaikan haji sekiranya mampu

vii)  Membaca al-Quran 

viii) Melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa 
        hayat mereka


Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar. 

Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah. 



No comments:

Post a Comment