Monday 15 July 2013

BAHAN-BAHAN ASAS UNTUK SEMUA JENIS BISKUT LAMA

Di bawah ini adalah bahan-bahan asas untuk mak saya membuat apa jua jenis biskut KECUALI biskut-biskut seperti sampret, biskut cincin, biskut kulat, biskut makmur, biskut-biskut moden dan sebagainya.

Resepi ini adalah resepi turun temurun keluarga mak saya. Yang penting adalah penyediaan tepung gandumnya, di mana tepung hendaklah diaru/sangai hingga kuning dan dibiarkan sejuk terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Jika hari panas, tepung hanya perlu dijemur sahaja.

Dulang pembakar hendaklah terlebih dahulu di 'laser'kan dengan mentega/margerine. Kemudia tabur tepung gandum di atasnya agar biskut tidak melekat apabila dibakar.

Oven hendaklah dipanaskan 7 minit dengan suhu 180c.

Biskut dibakar pada suhu 170c selama 10-15 minit.

BAHAN-BAHAN ASAS BISKUT LAMA

1 1/2 gelas gula halus
12 oz mentega/butter
3 biji kuning telor sahaja
1/2 tin tepung custard
Tepung gandum secukupnya (untuk mengeraskan adunan sahaja)

CARA MENYEDIAKANNYA :

1.  Pukul telur dan gula sampai kembang (boleh gunakan 'whisk' sahaja)

2.  Baharu masukkan mentega. Kuar dengan 'whisk' sampai putih.

3.  Masukkan tepung custard. Uli samapi menjadi doh yang tidak melekat di tangan.

4.  Jika masih lembik atau masih melekat di tangan, masukkan tepung gandum sedikit-sedikit sehingga elok atau adunan tidak melekat di jari lagi.

5. Warnakan ikut suka :

Contonhya :

Gambar contoh bagaimana membentuk Biskut Jambu

1.  Warna hijau atau merah untuk Biskut Jambu.
~  Bentukkan seperti buah jambu
~  Jika suka sapukan putih telur (yang telah dipukul terlebih dahulu) ke atasnya agar berkilat seperti buah jambu.
~  cucuk bunga cengkih sebagai tangkainya.

Gambar Contoh cara membentuk Biskut Berinti Kurma seperti bunga tulip

2.  Warna asal (plain) untuk Biskut Roti Berinti Kurma
~  Masukkan kurma (yang telah dipotong nipis dan panjang-panjang)
~  Bentukkan panjang-panjang seperti roti
~  Tekan sedikit pisau atau sudu di atasnya agar nampak seperti roti.
~  Sapukan atasnya dengan putih telur yang telah dipukul sebelum membakarnya


3.  Warna asal (plain) untuk Biskut Arnab
~  Bentukkan seperti arnab.
~  Bentukkan bulunya dengan hujung gunting kecil
~ Gunakan buah ceri merah (yang telah dipotong kiub kecil-kecil) sebagai mata


Gambar contoh bagaimana membentuk Tart Nenas yang menarik

4.  Untuk Tart Nenas
~  Isikan jem nenas dan bentuk ikut suka



No comments:

Post a Comment