Tuesday 16 July 2013

RESEPI BUBUR SUM-SUM

 BUBUR SUM-SUM (plain)


BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT BUBUR SUM-SUM

3 helai daun pandan - dicuci dan diikat kemas
3 cawan air
1 cawan santan
1 cawan tepung beras


CARA MENYEDIAKAN BUBUR SUM-SUM 

1.  Dalam periuk, campurkan semua bahan di atas. Kacau hingga sebati.

2.  Letakkan periuk di atas api kecil dan kuar sehingga menggelegak

3.  Angkatkan periuk dari atas tungku dapur.

4.  Untuk memudahkan kerja, tuangkan adunan ke dalam jug.

5.  Tuangkan kedalam acuan kecil. Atau boleh juga mengunakan loyang sahaja. Ketepikan.

6.  Sediakan pula air gula merah sperti di bawah.

7. Apabila hendak makan, sudukan bubur sum-sum ke dalam mangkuk kecil. Tuang air gula merah ke atasnya.

Tambahan :

Untuk menarik perhatian anak-anak, Bubur Sum-Sum boleh dibuat dalam 2 warna menarik, hijau dan merah seperti gambar di bawah!

BAHAN UNTUK MEMBUAT AIR GULA MERAH UNTUK BUBUR SUM-SUM

Gula pasir secukup rasa (ikut suka)
Gula merah - 3 sudu makan
Air 1 cawan
2 helai daun pandan (dicuci bersih dan di potong-potong)

CARA MEMBUAT AIR GULA MERAH UNTUK BUBUR SUM-SUM

1.  Dalam periuk yang lain, campurkan semua bahan-bahan di atas.

2.  Kuarkan atas api sederhana sehingga mendidih (sehingga daun pandan kering)

3.  Angkat dari tungku dapur.

4. Tapiskan ke dalam bekas yang bakal digunakan untuk menghidang.

Selamat mencuba & enjoy buburnya!


No comments:

Post a Comment