Sunday 14 July 2013

BERGEDIL AYAM / DAGING




Gambar hanya hiasan

BERGEDIL AYAM / DAGING

BAHAN-BAHANNYA :

2 kilogram kentang (direbus sampai empuk dan dilecekkan)
300 gram isi ayam atau daging cincang (direbus/digoreng)
1/2 cawan tepung beras
12 biji bawang merah - dipotong halus-halus
3 biji bawang putih - dipotong halus-halus
Serbuk lada hitam
Perasa
Garam
Daun sup - dipotong halus
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng.
2 biji telur saiz besar - dipukul sekejap

CARA-CARA MEMBUATNYA :

1.  Satukan kentang lecek bersama daging/ayam, tepung beras, lada hitam, bawang merah, bawang putih, daun sup, garam dan serbuk perasa.

2.  Uli hingga sebati.

3.  Bulatkan adunan dan leperkan.

4.  Celup ke dalam telur yang telah dipukul.

5. Goreng hingga kuning.

6. Angkat dan toskan minyaknya sebelum dihidangkan.

7. Sedap dimasukkan ke dalam soto / bakso  atau dimakan begitu sahaja dengan sos cili.

No comments:

Post a Comment