Thursday 18 July 2013

KEK GRAND MARGHERITA


KEK GRAND MARGHERITA

PERSEDIAAN MEMBUAT KEK GRAND MARGHERITA

1. Alaskan acuan dengan kertas minyak dan laserkan dengan butter di sekeliling bahagian dalam acuan termasuk di atas kertas minyak.
-  Kemudian taburkan sedikit tepung gandum ke dalam acuan. Tujuannya agar kek tidak melekat dan mudah dikeluarkan dari acuan nanti.

2.  Panaskan air kukusan semasa menyediakan adunan kek.

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK GRAND MARGHERITA

10 biji telur ayam gred A
1 gelas gula halus
16 oz mentega
1 tin susu manis (395 gram)
1 gelas tepung gandum
2 gelas horlick
1 botol browning sugar
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh powder (diayak bersama tepung gandum)

CARA MENYEDIAKAN KEK GRAND MARGHERITA

1.  Pukul telur dan gula sampai gebu dan berkilat

2.  Di tempat lain, pukul mentega dan susu manis sampai kembang.

3. Satukan adunan telur dan adunan mentega. Pukul sampai sebati.

4. Baru masukkan esen vanilla dan browning sugar. Kuar sampai rata.

5.  Maukkan tepung gandum. Kuar sampai sebati.

6.  Kukus 8 jam

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment