Monday 15 July 2013

KEK LAPIS SELENDANG SUTERA

KEK LAPIS SELENDANG SUTERA

PERSEDIAAN :

1. Panaskan oven pada suhu 170c


2.  Alaskan acuan 9" X 9" dengan kertas minyak dan laserkan dengan butter di sekeliling bahagian dalam acuan termasuk di atas kertas minyak.
-  Kemudian taburkan sedikit tepung gandum ke dalam acuan. Tujuannya agar kek tidak melekat dan mudah dikeluarkan dari acuan nanti.


3.  4 pewarna (ikut suka)

4.  1 botol / 1 gelas jem nenas untuk melapis kek.

5.  4 biji mangkok/bekas untuk membahagi adunan dan mewarnakannya berasingan.


BAHAN-BAHAN KEK :

15 biji telor (2 biji dibuang putihnya)
500 gram mentega
1 tin (395 gram) susu manis
2 sudu besar buttermilk
80 gm tepung aiskrim vanilla
280 gm gula castor
400 gm tepung high ratio/ superfine
1 sudu teh baking powder (ayak dengan tepung)
1 sudu teh ovalet (sejuk)
1/4 sudu teh cream of tar-tar

CARA MENYEDIAKANNYA :

1.  Asingkan putih telor dari kuningnya satu persatu

2.  Pukul kuning telur dengan gula dan cream of tar-tar sampai kembang

3.  Sambil terus dipukul, masukkan kuning telor sebiji demi sebiji sehingga habis semuanya. Ketepikan.

4.  Dalam bekas lain, pukul mentega dengan susu sampai gebu dan berkilat.

5.  Masukkan  tepung aiskrim ke dalam adunan putih telur.

6.  Kemudian masukkan separuh daripada tepung dan kuar sampai sebati. Masukkan baki tepung yang separuh dan kaup sampai sebati. Baru masukkan ovalet dan kuar lagi.

7.  Baharu masukkan adunan telor dan buttermilk, kaupkan sehingga sebati.

8. Masukkan 6 senduk adunan ke dalam setiap mangkok. Warnakan 1 mangkok 1 warna.

9.  Baki adunan biarkan dalam warna asal dan hendaklah disimpan untuk lapisan atas dan bawah kek.
Ketepikan dan tutup dengan plastik untuk mengelakkan daripada berbuih.

CARA MEMBAKARNYA :

1.  Setiap lapisan hendaklah 2 sendok sahaja.

2.  Tuang 2 sendok adunan ke dalam acuan dan bakar sampai masak.

3.  Angkat acuan dari oven. Sapukan  jem di atasnya (nipis sahaja sapuannya). Lapisan yang pertama ini dibakar menggunakan api atas dan api bawah pada suhu 160c sehingga kek masak.

4.  Ulangi seperti proses di langkah No.3. Dari lapisan kedua ini, hanya api atas sahaja digunakan sehingga menjadi 6 lapisan atau satu warna ada 3 lapisan. Ketepikan sehingga kek sejuk.

5. Kek yang telah disejukkan  dipotong sama besar. Lebih baik menggunakan pembaris agar setiap potongan berukuran sama 3/4 inci.

6.  Baki adunan kek tadi hendaklah dibahagi 2. 1 bahagian untuk lapisan bawah dan 1 bahagian lagi untuk lapisan atas.

 7.  Separuh daripada adunan plain tersebut dibakar sehingga menjadi 3 - 5 lapisan bawah kek nanti. Apabila setiap lapisan bawahnya telah masak, sapukan jem di atasnya. Kemudian kek bercorak tadi di susun di atasnya - jika suka 1 corak disusun secara menegak dan 1 corak lagi disusun secara melintang.
** Gunakan jem sebagai pelekat

8. Apabila telah selesai menyusun kek bercorak. Tuang ke atasnya baki kek plain tadi. Bakar berselang seli shingga menjadi 3 - 5 lapisan seperti lapisan bawah kek.

** Gunakan api atas dan api bawah  untuk lapisan terakhir.

No comments:

Post a Comment