*Gambar hiasan sahaja -
Jika tiada stok biji gajus, Biskut Cendawan boleh dibentuk seperti di dalam gambar ini
Resepi Biskut Cendawan ini adalah resepi turun temurun keluarga mak saya.
Yang penting adalah penyediaan tepung gandumnya, di mana tepung hendaklah diaru hingga kuning dan dibiarkan sejuk terlebih dahulu sebelum menggunakannya.
Dulang pembakar hendaklah terlebih dahulu di 'laser'kan dengan mentega/margerine. Kemudian tabur tepung gandum (yang tidak diaru) di atasnya agar biskut tidak melekat apabila dibakar.
Oven hendaklah dipanaskan 7 minit dengan suhu 180c.
BAHAN-BAHAN BISKUT CENDAWAN
3 BIJI PUTIH TELUR AYAM
1/2 TIN TEPUNG JAGUNG
1 TIN KELAPA 'KING'
1 GELAS SPRAY
2 GELAS TEPUNG GANDUM
1 GELAS GULA HALUS
150 GRAM BIJI GAJUS (UNTUK TANGKAI BISKUT CENDAWAN)
CARA MNEYEDIAKAN BISKUT CENDAWAN
1. Menggunakan 'whisk', kuar spray dan putih telur sampai kembang.
2. Baru masukkan gula halus dan kuar sampai sebati.
3. Masukkan tepung jagung, tepung gandum dan Kelapa 'KING'
4. Uli sampai menjadi doh.
5. Bentukkan seperi cendawan bulat dan sumbat biji gajus di tengahnya sebagai tangkai.
6. Bakar sampai masak.
No comments:
Post a Comment