Tuesday, 16 July 2013

KEK KACA REMUK

KEK KACA REMUK A.K.A. KEK KACA RETAK




Assalamu'alaikum.

Maaf lama dah tidak berkesempatan menjengok di sini sebab menjaga ibu yang 'bedridden' & kena bagi 'tube feeding three hourly', mujur bergilir dengan adik, kadang2 dapatlah juga buat kerja lain & keluar rumah sekejap sekali-sekala.

Semalam saya berkesempatan membuat 'KEK KACA REMUK' versi dibakar dalam oven. Cumanya keknya agak keperangan sedikit (seperti gambar di atas) daripada 'KEK KACA REMUK' versi dikukus yang lebih putih & jelas 'kaca' nya (buah kundurnya).

Untuk resepinya sila ke status saya hari ini, Sabtu, 18 Julai 2014.

>>>  http://catscityhornbillland.blogspot.com/2014/07/kek-kaca-remuk-a.html


Kek Kaca Remuk sesuai untuk Hari Lebaran kerana selain enak, Kek Kaca Remuk ini semakin lama semakin  'moist' dan harum. Kek Kaca Remuk tahan seminggu tanpa perlu dimasukkan ke dalam petisejuk. Agar Kek Kaca Remuk 'moist', buatkan 3 hari sebelum dimakan atau dihidangkan.

KEK KACA REMUK

PERSEDIAAN BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK KACA REMUK

1.  Manisan kundur hendaklah dihiris nipis-nipis dan panjang-panjang. Ketepikan.




2.  Tepung gandum hendaklah diayak bersama baking powder, Ketepikan

3.  Panaskan air dalam pengukus semasa menyediakan bahan-bahannya.

4.  Alaskan acuan 9" X 9" dengan kertas minyak dan laserkan dengan butter di sekeliling acuan termasuk di atas dan di bawah kertas minyak.



-  Kemudian taburkan sedikit tepung gandum ke dalam acuan yang telah dilaserkan tadi



- Lepas tu, tepuk-tepukkan acuan agar tepung nya melekat dengan rata sekeliling acuan, buang lebihan tepungnya yang tidak melekat.

* Tujuannya agar kek tidak melekat dan mudah dikeluarkan dari acuan nanti.

5. Sediakan plastik atau aluminium foil secukupnya bagi menutup atas acuan untuk menghindari wap air kukusan jatuh di atas Kek Kaca Remuk.

PENYEDIAAN BAHAN-BAHAN KEK KACA REMUK




10 biji telur ayam
31/2 gelas tepung gandum
16 oz mentega
1 tin susu manis
11/2 gelas gula kasar
1 kilogram manisan kundur
2 sudu teh baking powder (telah diayak bersama tepung tadi)
11/2 sudu teh esen vanilla

CARA MENYEDIAKAN KEK KACA REMUK

1. Pukul telur dan gula sampai gebu dan pekat.





2.  Di tempat lain, pukul mentega dan susu manis sampai kembang.

3.  Satukan adunan telur dan adunan mentega. Pukul lagi sampai sebati.

4.  Baru masukkan esen vanilla dan tepung gandum segelas demi segelas sambil dikuar-kuar sampai sebati.

5.  Masukkan pula manisan kundur dan kuar lagi sampai rata.

6.  Tuangkan adunan ke dalam acuan. Ratakan dan tutup atas acuan dengan aluminium foil.

7.  Kukus sehingga separuh masak.
- Air kukusan hendaklah selalu ditambah untuk mengelaknya kering dan kek hangus!

8. Apabila separuh masak, angkat dari kukusan.
-  Tekankan kek agar padat.

9.  Masukkan semula kek ke dalam kukusan dan kukus sampai masak

10. Apabila kek masak, masukkan ke dalam oven dan bakar dengan suhu paling rendah selama 1 jam.

Selamat mencuba & enjoy the cake :D

No comments:

Post a Comment