Wednesday, 17 July 2013

KEK PILIH KASIH



Ada orang request nak makan, terpakas dipotong, panas-panas, sebaik
dikeluarkan dari oven, jadi tak berapa cantik potongannya. Tapi rasanya 
memang SEDAP sangat !


Kek Pilih Kasih antara 'must-have' cake pada Hari Lebaran di Sarawak. Kek ini seperti kek-kek lain semakin lama semakin sedap rasanya.


KEK PILIH KASIH

PERSEDIAAN BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK PILIH KASIH

1.  Alaskan acuan 9" X 9" dengan kertas minyak dan laserkan dengan butter di sekeliling bahagian dalam acuan termasuk di atas kertas minyak.
-  Kemudian taburkan sedikit tepung gandum ke dalam acuan. Tujuannya agar kek tidak melekat dan mudah dikeluarkan dari acuan nanti.

2. Sediakan aluminium foil secukupnya bagi menutup atas acuan untuk menghindari wap air kukusan jatuh di atas kek.

3.  Panaskan air kukusan semasa menyediakan adunan kek.

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK PILIH KASIH



16 oz mentega
10 biji telur ayam
1 tin susu manis (395 gram)
2 1/2  gelas gula halus                    
2 1/2 gelas tepung gandum  
6 sudu makan serbuk Milo
1 botol kecil horlick
1 kilogram bijan
3 sudu makan browning sugar
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh baking powder (diayak bersama tepung gandum)


CARA MEMBUAT KEK PILIH KASIH

1.  Pukul telur dengan gula sampai naik gebu dan pekat
2.  Pukul mentega dan susu sampai kembang.
3.  Satukan adunan telur dan adunan mentega dan pukul lagi sampai sebati.
4.  Seterusnya masukkan browning sugar dan esen vanilla, kuar rata-rata.
5.  Baru masukkan Milo, horlick dan tepung gandum. Kuar sampai sebati
6.   Kemudian masukkan bijan. Gaul sampai rata.

Saya terbeli horlicks chocolate, jadi gelap sikitlah adunannya


7. Kukus 6 jam
- Angkat
8. Bakar dalam oven pada suhu rendah selama 1 jam

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment