Thursday, 18 July 2013
KEK LAPIS PANTAI PUTERI
KEK LAPIS PANTAI PUTERI
PERSEDIAAN MEMBUAT KEK LAPIS PANTAI PUTERI
1. Alaskan acuan dengan kertas minyak dan laserkan dengan butter di sekeliling bahagian dalam acuan termasuk di atas kertas minyak.
- Kemudian taburkan sedikit tepung gandum ke dalam acuan. Tujuannya agar kek tidak melekat dan mudah dikeluarkan dari acuan nanti.
2. Panaskan air kukusan semasa menyediakan adunan kek.
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK LAPIS PANTAI PUTERI
10 biji telur ayam
300 gram mentega
1 gelas gula halus
3/4 tin susu manis
1/2 gelas horlick
1 gelas tepung gandum
3/4 gelas nestum
3 camca sedang koko
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh baking powder (diayak dalam tepung)
1 botol coklat rice
4 biji ceri merah
4 biji ceri hijau
1/2 gelas kismis hitam
CARA MENYEDIAKAN KEK LAPIS PANTAI PUTERI
1. Pukul telur dan gula sampai naik gebu dan berkilat. Ketepikan.
2. Di tempat lain, mentega dipukul dengan susu manis hingga kembang.
3. Satukan adunan telur dan adunan mentega, sambil di kacau rata-rata.
4. Masukkan esen vanilla, nestum dan tepung gandum. Kuar rata-rata sampai adunan sebati dan tepung tidak berketul-ketul.
5. Bahagikan adunan menjadi 2 bahgian :-
- 1 bahagian dimasukkan koko, ceri merah, ceri hijau dan kismis
- 1 bahagian dimasukkan chocolate rice dan horlick
6. Cara mengukus :
- Tuang 1 cawan adunan koko ke dalam acuan. Ratakan
- Kukus sampai masak.
- Angkat acuan dari kukusan
7. Tuang 1 cawan adunan horlick. Ratakan.
- Kukus sampai masak.
- Angkat acuan dari kukusan
8. Ulangi langkah-langkah no.6 dan no.7 secara berselang-seli sampai semua adunan habis digunakan.
Selamat mencuba!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment