Tuesday 16 July 2013

KEK KUKUS SARAWAK




Kek kukus Sarawak ini tahan sebulan tanpa perlu dimasukkan di dalam petisejuk. Selalunya warga Sarawak akan membuatnya seminggu menjelang Hari Raya sebab kek ini semakin lama semakin 'moist' dan sedap.

KEK KUKUS SARAWAK 

PERSEDIAAN BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK KUKUS SARAWAK

1.  600 gram kismis digaul hingga sebati  dengan 1 gelas tepung gandum. Ketepikan

2.  1 biji buah pala ditumbuk dan diayak. Ketepikan

3.  Tanakkan gula menjadi 1/2 gelas gula tanak. Ketepikan

3.  1 gelas tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder, Ketepikan

4.  1 gelas tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh bicarbonate of soda. Ketepikan

5.  1 gelas tepung gandum diayak bersama1 sudu teh cream of tartar. Ketepikan

6.  Panaskan air dalam pengukus semasa menyediakan bahan-bahannya.

7.  Alaskan acuan 9" X 9" dengan kertas minyak dan laserkan dengan butter di sekeliling bahagian dalam acuan termasuk di atas kertas minyak.
-  Kemudian taburkan sedikit tepung gandum ke dalam acuan. Tujuannya agar kek tidak melekat dan mudah dikeluarkan daripada acuan.

8. Sediakan aluminium foil secukupnya bagi menutup atas acuan untuk menghindari wap air kukusan jatuh di atas Kek Kukus.

PENYEDIAAN BAHAN-BAHAN KEK KUKUS SARAWAK

8 biji telur ayam grade A
4 gelas tepung gandum (telah siap-siap ibahagi empat dan disediakan seperti langkah-langkah di atas tadi)
16 oz mentega
11/2 gelas gula kasar
1/2 gelas gula tanak tadi
600 gram kismis (telah digaul dengan tepung tadi)
1 biji serbuk buah pala (yang disediakan awal tadi)
1 sudu teh baking powder (telah diayak bersama tepung tadi)
1 sudu teh cream of tartar (telah diayak bersama tepung tadi)
1 sudu teh bicarbonate of soda (telah diayak bersama tepung tadi)
11/2 sudu teh esen vanilla

CARA MENYEDIAKAN KEK KUKUS SARAWAK

1. Pukul mentega dan gula sampai kembang.

2.  Sambil dikuar masukkan telur sebiji-sebiji sehingga habis.

3.  Baru masukkan tepung gandum yang telah disediakan tadi segelas demi segelas sambil dikuar-kuar sampai sebati.

4.  Masukkan pula kismis bertepung tadi dan kuar lagi sampai sebati.

5.  Baru masukkan gula tanak. Gaul sampai sebati.

6.  Tuangkan adunan ke dalam acuan di atas. Ratakan dan tutup atas acuan dengan aluminium foil.

7.  Kukus sehingga 4 jam.
- Air kukusan hendaklah selalu ditambah untuk mengelaknya kering dan kek hangus!

Selamat mencuba & enjoy the cake :D

No comments:

Post a Comment