Kek Dandy terkenal di Sarawak pada tahun 90an. Walaupun kos membuatnya agak mahal tetapi rasanya sedap dan tahan sebulan pada suhu bilik (tidak perlu disimpan dalam peti sejuk sebab kek ini semakin lama semakin sedap apabila buah-buahan didalamnya menyerap di dalam kek).
Jika ada yang berhajat hendak mencuba, inilah masa terbaik untuk membuatnya untuk dihidangkan pada Hari Raya Aidil Fitri nanti!
KEK DANDY
PERSEDIAAN UNTUK MEMBUAT KEK DANDY
1. Semua buah-buahan hendaklah dipotong kecil-kecil terlebih dahulu. Ketepikan.
- (Sejurus sebelum mengukus kek, gaul buah-buahan dengan 1 gelas tepung gandum untuk mengelak buah-buahan daripada melekat sesama sendiri)
2. Panaskan air dalam pengukus semasa menyediakan bahan-bahannya.
4. Alaskan acuan 10" X 10" dengan kertas minyak dan laserkan dengan butter di sekeliling bahagian dalam acuan termasuk di atas kertas minyak.
- Kemudian taburkan sedikit tepung gandum ke dalam acuan. Tujuannya agar kek tidak melekat dan mudah dikeluarkan dari acuan nanti.
5. Sediakan aluminium foil secukupnya bagi menutup atas acuan untuk menghindari wap air kukusan jatuh di atas kek.
PENYEDIAAN BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK DANDY
16 oz mentega
1 tin susu manis (395 gram)
1/2 gelas gula halus
5 biji telur ayam grade A
4 1/2 gelas tepung gandum (tinggalkan 1 gelas untuk digaul bersama buah-buahan)
2 bungkus ceri merah
2 bungkus ceri hijau
300 gram kismis hitam
300 gram kismis kuning
600 gram kurma
50 kilogram manisan kundur
Sedikit manisan limau (kalau banyak nanti pahit)
11/2 sudu teh esen vanilla
CARA MENYEDIAKAN KEK DANDY
1. Pukul telur dan gula sampai gebu dan pekat.
2. Di tempat lain, pukul mentega dan susu manis sampai kembang.
- Masukkan telor sebiji-sebiji sambil terus memukul sehingga telur habis
3. Satukan adunan telur dan adunan mentega. Pukul lagi sampai sebati.
4. Baru masukkan esen vanilla dan tepung gandum segelas demi segelas sambil dikuar-kuar sampai sebati.
5. Kemudian baru masukkan semua buah-buahan yang telah digaulkan dengan tepung gandum terlebih dahulu dan kuar lagi sampai benar-benar rata.
- pastikan tiada lagi ketulan tepung di dalam adunan
6. Tuangkan adunan ke dalam acuan. Ratakan dan tutup atas acuan dengan aluminium foil.
7. Kukus 8 jam.
- Pastikan air kukusan sentiasa diperhati dan ditambah untuk mengelaknya kering dan menyebabkan kek hangus!
8. Angkat dari kukusan dan masukkan ke dalam oven dan bakar dengan suhu rendah selama 1 jam.
Selamat mencuba & enjoy the cake :D
No comments:
Post a Comment