Wednesday, 17 July 2013

KEK PAPAN CATUR

Kek Papan Catur ni berwarna coklat tua dan putih. Maaf tak ada gambar masa ni. Tapi dulu-dulu memang saya selalu membuatnya untuk dihidangkan pada hari lebaran kerana Kek Papan Catur ini tahan lama, tidak perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk kalau setakat 3 ke 5 hari.

PERSEDIAAN UNTUK MEMBUAT KEK PAPAN CATUR


1.  Kisar kismis hitam untuk adunan A. Ketepikan.

2.  Ayak tepung gandum bersama bicarbonate of soda untuk adunan A dan
ayak tepung gandum bersama baking powder untuk adunan B. Ketepikan

3.  Cairkan chocolate cardbury untuk adunan A. Ketepikan

4. Panaskan air dalam pengukus semasa menyediakan bahan-bahan A atau B

5.  Sediakan 2 loyang 9" X 9"
-  Alaskan kedua-dua acuan dengan kertas minyak dan laserkan dengan butter di sekeliling bahagian dalam acuan termasuk di atas kertas minyak.
-  Kemudian taburkan sedikit tepung gandum ke dalam acuan. Tujuannya agar kek tidak melekat dan mudah dikeluarkan dari acuan nanti.


BAHAN-BAHAN A (BERWARNA COKLAT)
-  Adunan A hendaklah dibuat sehari lebih awal daripada adunanB agar sempat disejukkan dan mudah dipotong dan disusun atas adunan B kemudian

6 biji telor ayam
8 oz mentega
4 gelas tepung gandum
1 gelas gula kasar
600 gram kismis (dikisar halus)
2 gelas gula merah
1 keping besar cardbury chocolate (cairkan)
2 sudu besar browning sugar
1 sudu teh bicarbonate of soda (diayak dalam tepung gandum)
1 sudu teh esen vanilla
1/2 botol kecil horlick

CARA MEMBUAT BAHAGIAN A (BERWARNA COKLAT)

1.  Pukul telor dan gula sampai naik gebu dan pekat
2. Di tempat lain, pukul mentega dengan dula sampai kembang
3. Satukan adunan telor dan mentega. Pukul sampai sebati
5. Masukkan vanilla, coklet cair dan browning sugar. Pukul lagi
6. Masukkan horlick dan tepung gandum. Kuar sampai rata
7. Baru masukkan kismis kisar. Kuar rata-rata
8. Tuang ke dalam loyang dan kukus 4 jam
9. Apabila telah sejuk, potongkan panjang-panjang sebanyak 8 potongan sama saiz.
    - Ketepikan

BAHAN-BAHAN B (BERWARNA PUTIH/PLAIN)

16 oz mentega
2 gelas gula
21/2 gelas tepung gandum
1/2 tin susu manis
10 biji telur ayam
2 sudu makan golden syrup
1 susu teh baking powder (diayak dalam tepung gandum)
1 susu teh esen vanilla

Untuk hiasan atas kek;
1 peket ceri merah dan ceri hijau
1 peket badam

CARA MEMBUAT BAHAGIAN B (BERWARNA PUTIH/PLAIN)

1.    Pukul telur dan gula sampai naik gebu dan pekat
2.   Ditempat lain pukul mentega dengan susu sampai kembang
-     masukkan golden syrup dan esen vanilla, pukul samapi sebati
3.   Satukan adunan telur dan adunan mentega. Pukul lagi sampai sebati.
4.   Baru masukkan tepung, kaup-kaupkan sehingga sebati
5.   Tuang 1/2 cawan ke dalam acuan.
6.   Kukus sampai masak. Angkat acuan dari kukusan.
7.   Susun kek bahagian A di atasnya. Cucuk dengan lidi/pencungkil gigi agar stabil
8.   Tuang adunan B di celah-celah A sehingga semuanya telah ditutupi B
9.   Kukus sampai masak. Angkat acuan dari kukusan
10. Susun A di atas B yang telah masak tadi. Cucuk dengan pencukil gigi/lidi agar stabil.
-     Tuang lagi B di celah-celah A sehingga semua A ditutupi.
-     Kukus sampai masak
11. Ulangi lagkah 8, 9 dan 10 sehingga potongan A dan adunan B habis digunakan.
12. Hias atas kek dengan ceri merah, ceri hijau dan badam ikut suka.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment