Tuesday 16 July 2013

KEK LAPIS SAMBAS YANG SIMPLE TAPI SANGAT SEDAP


PERSEDIAAN MEMBUAT KEK LAPIS SAMBAS

1.  Ayakkan 1/2 mangkuk tepung gandum bersama 1 sudu teh baking powder.

2.  Alaskan dulang pembakar saiz 9" X 9" dengan kertas minyak.
~Kemudian laserkan bahagian tepi dan bawah (termasuk kertas minyak) acuan dengan mentega. ~Taburkan sedikit tepung gandum di atasnya. Ini untuk mengelak kek-kek yang dibakar daripada melekat pada acuan dan mudah dikeluarkan.  

3. Panaskan oven lebih kurang 7 minit dengan suhu 180c sejurus sebelum digunakan.

BAHAN-BAHAN MEMBUAT KEK LAPIS SAMBAS

16 oz mentega / butter
10 biji telor ayam grade A
1 tin susu manis (395 gram)
1 mangkuk gula kasar
11/2 mangkuk tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla

CARA MENYEDIAKAN KEK LAPIS SAMBAS

1.  Asingkan putih telor dari kuning telor.

2.  Pukul putih telor dan gula hingga naik dan gebu

3. Di tempat lain, pukul mentega dan susu sampai putih dan berkilat. Masukkan kuning telur satu-persatu sehingga habis sambil terus memukul.

4.  Baru tuangkan adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur. Pukul sekejap.

5. Masukkan tepung gandum & baking powder. Kaup-kaupkan sehingga sebati.

CARA MEMBAKAR KEK LAPIS SAMBAS

1.  Setiap lapisan hendaklah 1 cawan atau 11/2 senduk.

2.  Mula-mula tuangkan 1 cawan adunan dan ratakan dalam acuan. 
~ Kemudian bakar menggunakan api bawah dan atas sehingga kuning.

3. Tuang lagi 1 cawan dan ratakan. Bakar dengan api atas sahaja sehingga masak. Angkat apabila bahagian atas kek kelihatan kekuningan.

4. Ulangi langkah No. 3 untuk lapis-lapis seterusnya sehingga selesai.

5.  Agar Kek Lapis Sambas tahan lama, bakar kek menggunakan api bawah sahaja pada suhu rendah selama 1 jam.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment