Gambar hiasan - bagaimana rupa biskut 'marie' yang telah dipatah dua.
Resepi Kek Batik Biskut 'Marie' yang tidak perlu dibakar (hanya disejuk bekukan dalam freezer sahaja) ini adalah resepi turun temurun keluarga mak saya.
PERSEDIAAN MEMBUAT KEK BATIK BISKUT MARIE (CHILLED) :
1. Aru 1 gelas kacang tanah sampai masak.
~ Buang kulitnya
~ Tumbuk/blender seperti untuk membuat kuah satay/kuah kacang. Ketepikan.
2. Biskut 'Marie' (600 gram) dibelah dua. Ketepikan.
3. Alaskan acuan 8" X 8" dengan kertas plastik.
~ Pastikan palstik yang digunakan cukup besar untuk menutup permukaan kek nanti.
~ Laserkan kertas plastik dengan butter agar mudah mengeluarkan Kek Batik Biskut Marie ini nanti. Ketepikan.
BAHAN-BAHAN MEMBUAT KEK BATIK BISKUT MARIE (CHILLED) :
600 gram biskut 'marie'
1 gelas milo
1 gelas susu manis
1 gelas kacang tanah
CARA MEMBUAT KEK BATIK BISKUT MARIE (CHILLED) :
1. Masukkan biskut 'Marie' ke dalam mangkuk besar dan lembabkan dengan merenjiskannya dengan air suam-suam kuku. Jangan terlalu basah.
2. Tuangkan susu, kacang tanah dan milo ke atasnya.
3. Balik-balikkan dengan senduk sehingga adunan menjadi sebati.
4. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah disediakan tadi.
5. Tekan permukaan Kek Batik Biskut Marie menggunakan plastik sehingga rata.
6. Taburkan milo di atasnya.
7. Tutup permukaan kek menggunakan kertas plastik yang telah dilaserkan dengan butter.
8. Masukkan ke dalam ruang sejuk beku dalam petisejuk.
9. Kek Batik Biskut Marie ini sedap dimakan kalau bahannya dibuat malam dan dimakan keesokkan harinya.
Selamat mencuba. Semuga berjaya.
No comments:
Post a Comment